9 Mei Memperingati Hari Kegelapan Negara – Zahida

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Tujuh hari lagi untuk rakyat sekali lagi memperingati bermulanya Hari Kegelapan Negara, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan.

Katanya, 9 Mei 2018 adalah tarikh titik mula kehancuran dari segenap sudut, merudumnya pendapatan rakyat, kejatuhan ekonomi, keharmonian kaum, kestabilan politik dan banyak lagi akibat beralih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Harapan (PH).

“Akibat daripada terlalu banyak janji palsu bulan bintang, fitnah dan siri penipuan hingga mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Sehingga hari ini, kerajaan masih terpalit dengan kegagalan PH selama 22 bulan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Zahida berharap agar tahun-tahun mendatang rakyat Malaysia akan dapat menikmati semula segala kebaikan yang diterima dahulu.

“Sentiasa beringat, jangan benarkan kita ditipu dikencing berkali-kali, cukuplah sekali sebagai pengajaran.

“Bila PRU-15, bila tiba masanya, pastikan kembalikan mandat kepada Barisan Nasional. Insya-Allah, kita lakukan yang terbaik, kepada Allah kita berserah,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Remembering May 9 dark episode – Zahida

KUALA LUMPUR, May 3 – Malaysians have seven more days before commemorating the beginning of the National Day of Darkness, said Puteri Chief Datuk Zahida Zarik Khan.
On that date, she said everything turned upside down when the peoples’ income was depleted badly, the economic collapse, racial harmony in jeorpardise, political instability showed it ugly face and many more as a result of the change of government from Barisan Nasional (BN) to Pakatan Harapan (PH).
PH won the 14th general election as results of their false promises, slander and lies.
“Until today, the government is still plagued by PH’s failure for 22 months,” she said in a Facebook posting.
Therefore, Zahida hopes Malaysians will be able to amend the loses in the coming years.
“Always remember, do not allow us to be deceived by cheats again, once beaten twice shy.
“When GE-15 comes, make sure return the mandate to Barisan Nasional. Insya-Allah, we will do our best,” he said.