Sama-Sama Jayakan ‘Total Lockdown’, Landaikan Lekuk Jangkitan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan agar rakyat dapat melaksanakan dan mengikuti  ‘total lockdown’ fasa pertama  selama 14 hari yang akan bermula pada 1 Jun ini.

Katanya, pelaksanaan ini adalah untuk melandaikan kes jangkitan COVID-19 yang semakin di paras yang melampau.

“Rakyat Malaysia yang dikasihi kita berdepan dengan pelaksanaan ‘total lockdown’ selama 14 hari bermula 1 Jun 2021. Ini antara ikhtiar kita untuk melandaikan lekuk kes jangkitan COVID-19 yang telah pun mencecah pada paras melampau.

“Paras melampau yang memang kita khuatiri boleh berlaku disebalik PKP suam-suam kuku dan alasan Ordinan Darurat. Namun apakan daya musibah sudah terjadi. Tiada peluang ‘U-Turn’ dalam hal ini. Ini pertempuran yang tidak kita rela, namun terpaksa diharungi.

“Rakyat Malaysia yang dihormati negara tidak punya banyak pilihan jika gagal kali ini berkemungkinan akan gagal untuk tempoh yang lebih lama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan jika dulu rakyat berdepan ‘total lockdown’ pada kadar ratusan jangkitan sehari kini pada kadar jangkitan lebih 8,000 sehari.

“Maka perjuangan ‘total lockdown’ kali ini pasti jauh lebih mencabar walau apa rintangan kita perlu berusaha menang.

“Rakyat Malaysia yang disanjungi tempoh 14 hari bukanlah singkat bagi sebahagian kita menempuhinya bukan suatu cabaran yang besar,” katanya.

Seterusnya tambah beliau lagi, namun bagi yang lain ia masih merupakan satu dugaan yang amat memeritkan. Masing-masing ada kekangan tersendiri.

“Mari kita bersama menjaga saling membantu dan mengambil berat prihatin kepada masyarakat sekeliling yang memerlukan. Saya mendoakan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tabah serta cekal mengharungi ‘total lockdown’ sehingga 14 Jun 2021.

“Kita memohon ke hadrat Tuhan agar usaha ini berbaloi dan menemui titik noktah pada pengakhirannya. Moga kadar jangkitan COVID-19 di tanah air tercinta dapat segera diturunkan,” tegasnya – UMNO Online

Let’s observe the total lockdown together – Zahid

KUALA LUMPUR, May 29 – President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hopes Malaysians will fully observe the first phase 14-day full lockdown beginning June 1st to contain the Covid-19 pandemic.

“We will enter total lockdown for 14 days on June 1st. This is a measure to bring down the number of new infection cases as it has reached an alarming state.

“This situation can escalate in the half-baked Movement Control Order and excuses for the Emergency Ordinance. There is no U-turn in this. Its a total war that we need to face together.

“We don’t have any choice. If we fail, it will prolong much longer,” he said in a Facebook posting.

The Bagan Datuk Member of Parliament said had the people faced lockdown during the cases were at hundreds, it is now clamped when it was over 8,000.

“This is entirely a different war but we must win. The 14-day period will not come as a short one for some of us who are facing multiple living predicaments,” he said.

However, it will also not easy for the rest as they have their own problems.

“Let us take care of each other. I pray our multiracial society will be as one in making the total lockdown a success. May the pandemic leave us.”