Total Lockdown’… Pemuda UMNO Harap Umumkan Pakej Bantuan Khas Untuk Rakyat Terjejas

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Akhirnya Kerajaan keluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan Total Lockdown atau PKP penuh, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang antara pemimpin mencadangkan langkah terbabit dibuat.

Sehubungan itu, beliau berharap agar langkah untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 perlu disusuli dengan pakej bantuan khas.

“Harap Kementerian Kewangan segera umumkan Pakej Bantuan Khas untuk rakyat yang terjejas sepanjang penutuaun ini.

“Juga untuk dilaksanakan i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan arahan khas menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi bank dan kewangan memberikan Moratorium 2.0 selama 3-6 bulan tanpa caj tambahan,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit.

Dalam masa yang sama beliau turut berterima kasih kerana akhirnya kerajaan mendengar suara hati dan rayuan rakyat. – UMNO Online

Aid those affected by lockdown – Asyraf

KUALA LUMPUR, May 29 – The government finally issued a statement to enforce total lockdown in the country, said Youth Chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki who were among leaders who proposed it.

As such, he said those badly affected by the measure must be aided amid clamping down on social and economic activities to contain the Cpvid-19 pandemic.

“I hope the Finance Ministry announces the special assistance soon.

“So are i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 and special provision under the Emergency Ordinance to instruct the banking institution provides 3 to 6 months moratorium without additional cost,” he said in a statement.

He also thanks the government for listening the people on enforcing the lockdown.