‘Lockdown’ Mesti Total, Semua Pihak Perlu Berkorban – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Tindakan kerajaan terus membenarkan sektor pembuatan atau perkilangan terpilih terus beroperasi walaupun dalam keadaan terhad akan terus mendatangkan risiko kejangkitan, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ini secara langsung bertentangan dengan matlamat mengadakan ‘total lockdown’.

“Kita telah bereksperimen dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) selama lebih setahun. Namun kes semakin meningkat dengan pelbagai ‘variant of concern’.

“Penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial ini mesti berlaku secara total kecuali sektor makanan, pertanian dan kesihatan. Ia adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan adalah sangat kritikal pada waktu ini.

“Kepentingan sektor perkilangan dan pembinaan tidak lebih penting dari sektor lain yang rentan dan berisiko lumpuh sepanjang pelaksanaan perintah pergerakan terhad secara total,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, semua pihak harus berkorban untuk dua minggu ini.

“Kita tidak akan dapat melandaikan lekuk jangkitan dengan pelbagai sektor terus beroperasi secara berpilih,” katanya lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRCC) Kebangsaan, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan antara 12 Mei sehingga 26 Mei manakala lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor perkilangan iaitu 62 kluster.

Pada Selasa, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan setakat jam 12 tengahari, 95,142 syarikat telah mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa PKP ini.

Justeru kata Mohamad, ini bermakna hampir 20 peratus dari syarikat berdaftar dengan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) telah mendapat kebenaran untuk beroperasi dan dijangkakan jumlahnya akan bertambah pada hari ini dan esok. – UMNO ONLINE

All must sacrifice for TOTAL lockdown

KUALA LUMPUR, June 3 – The government’s move to allow selected manufacturing sectors to continue operating even for limited hours is believed to pose a risk of higher infection rate, said Umno Deputy President Datuk Seri Mohamad Hasan.
According to the Barisan Nasional (BN) deputy chairman, the move presently is against a ‘total lockdown’.
“We have gone through several standard operating procedures (SOPs) over a year now. However, cases are increasing with various new variants.
“The full closure of the economic and social sectors must take place totally except the food, agriculture and health sectors. It is to reduce stress on the health system.
“The importance of the manufacturing and construction sectors is no longer there as the risk is bigger,” he said in a statement today.
The Rantau State Assemblyman added that all parties must sacrifice these two weeks.
“We will not be able to bridge the gap of infection with various sectors continuing to operate selectively,” he added.
Based on data released by the National Crisis Preparedness and Response Center (CPRCC), a total of 115 workplace clusters with 5,392 cases were reported between May 12 to May 26 while more than half of the total involved the manufacturing sector, namely 62 clusters.
On Tuesday, the Ministry of International Trade and Industry (MITI) announced that as of 12 noon, 95,142 companies had obtained permission to operate during the PKP.
Mohamad said that this means almost 20 per cent of companies registered with COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) have obtained permission to operate and the number is expected to increase today and tomorrow.