Pelan Pemulihan Negara : Semua Pihak Digesa Usaha Berlipat Ganda Harungi Empat Krisis

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usaha berlipat ganda semua pihak wajar dipadukan agar putaran ganas krisis-krisis dalam negara dapat diselesaikan segera.

Ini kerana katanya, sekarang Malaysia mengalami empat krisis serentak iaitu krisis pandemik COVID-19, krisis ekonomi, krisis politik dan krisis keyakinan.

“Masa tidak bersama kita. Setiap hari ramai yang mati,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian sebagai respon terhadap Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam iaitu langkah kerajaan melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik COVID-19.

Katanya, sidang Parlimen dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) wajar dilaksanakan.

“Parlimen dan 13 DUN wajar bersidang dengan vaksinasi semua staf yang terlibat. Pantaskan vaksin agar dicapai imunisasi kelompok. Pakar-pakar ekonomi diminta nasihat langkah-langkah yang tepat untuk pemulihan.

“Rakyat dan Raja berpisah tiada. Junjung Kasih Duli-duli Tuanku.”

Semalam, kes baharu harian COVID-19 ialah 5,419, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di dalam negara adalah 667,876 orang dengan 101 kes kematian dicatatkan iaitu menambah bilangan kumulatif kematian dalam negara akibat COVID-19 kepada 4,069 orang.

Dilaporkan, menerusi Pelan Pemulihan Negara, satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat dilaksana. – UMNO Online

Weather 4 main adverse impacts under Recovery Plan

KUALA LUMPUR, June 16 – Umno Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan urges all quarters of the community to come in full force to weather four major adverse impacts outlined in the National Recovery Plan, namely Covid-19 pandemic, economy, politics and crisis of confidence.

“We are buying time as many die each day,” he said in his Twitter posting, today.

The Pontian MP was commenting on the National Recovery Plan (or Post-Pandemic Exit Plan) announced by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, yesterday.

The Plan was meant to have a more organised effort to contain the pandemic.

Ahmad also said the Parliament and State Assemblies sittings must commence as soon as possible.

“The Parliament and 13 Assemblies should be in session since all staff involved were already vaccinated. Speed up the vaccination program to achieve a herd community.

“The top economist should also sit down to find better solution to recovery.

“The people and the Rulers are unseparable.”

New cases of Covid-19 infection yesterday stood at 5,419, making it 667,876 in accumulation with 101 new deaths or totaling 4,069 thus far.

Report indicates that the Recovery Plan is meant to contain the pandemic through four phases of Movement Control Order (MCO).