Pendirian UMNO Amat Jelas… Institusi Raja Dipertahan, Demokrasi Dikembalikan – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa pendirian UMNO selama ini sangat jelas bahawa institusi raja mesti dipertahankan dan demokrasi mesti di kembalikan dengan memanggil persidangan Parlimen.

Ujarnya, titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan segera Persidangan Parlimen amatlah wajar dan bertepatan serta pandangan dan hikmah yang di suarakan oleh Majlis Raja-Raja dalam kenyataan terbaru Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga sangatlah prihatin dan bijaksana.

“Bila Presiden memberikan Kerajaan 14 hari untuk memanggil persidangan Parlimen, tujuannya dalam pandangan saya hanya dua.

“Pertama menyokong dengan sepenuhnya saranan institusi raja. Dan kedua, memulihkan semula, dengan kadar segera demokrasi di negara ini bagi mengembalikan sepenuhnya fungsi Parlimen.

“Pendirian ini insya-Allah akan dibawa ke Majlis Tertinggi untuk ketetapan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal ini menerusi laman facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, juga berpandangan bahawa Parlimen wajar menjalankan peranannya sesuai dengan doktrin pemisahan kuasa.

“Semasa persidangan Parlimen, apa jua perkara boleh dibahaskan tetapi mestilah sesuai dengan peraturan mesyuarat.

“Memberikan pelbagai syarat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dibahaskan dan diusulkan di Parlimen adalah tidak demokratik dan bercanggahan dengan kebebasan Parlimen.

“Penegasan saya ialah apa jua keputusan UMNO dalam kemelut politik semasa, mesti bersandarkan mandat dari Perhimpunan Agung dan dibincangkan secara kolektif oleh Majlis Tertinggi.”

Katanya, ini termasuklah kedudukan UMNO dalam kerajaan, menolak kerjasama dengan parti atau individu tertentu yang tidak akan menguntungkan UMNO serta pendirian UMNO tentang pelbagai isu semasa.

“Semua ketetapan yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO adalah terpakai dan Majlis Tertinggi wajar menterjemahkan mandat ini dengan sebaiknya.

“Semoga kita terus bertaut antara satu sama lain dan menghindari segala usaha memecah-belahkan kesatuan dalam parti UMNO ini,” katanya lagi. – UMNO Online

Upholding the Constitutional Monarchy – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, June – Deputy President Datuk Seri Mohamad Hasan reaffirms that Umno has long defended the monarchy institution and democracy must be restored by resuming the Parliment sitting.

He said The King’s order for the sitting be called immediately is in line with the view of the Malay Rulers as per statement issued by the Keeper of Rulers recently.

“When the president gave a 14-day ultimatum for the sitting, I have two thing in mind. Firstly, it fully supported the monarchy, and secondly, to restore democracy by reconvening the Parliament.

“God willing, it will further be deliberated by the Supreme Council,” he said in a FB posting, today.

The Rantau State Assemblyman is also of the view that Parliament is the best platform to separate the power doctrine.

“At the Parliament, anything can be debated accordingly to the stipulated rules. There are regulation as to what issue should be debated and what shouldn’t.

“I am of the opinion that whatever decisions made by the party must refer to mandates given by the General Assembly and a collective consensus by the Supreme Council.

This includes Umno position in the government, to reject cooperation with individual or party deemed not suitable for Umno.

“All resolutions of the GA are valid and now its up to the Supreme Council to expedite it,” he said.