Bertautlah Demi UMNO – Khaled Nordin

UNTUK mewujudkan Kerajaan yang stabil di Malaysia, UMNO mesti jadi sebahagian dari angkubahnya.

Pakatan Harapan tumbang kerana peranan UMNO menjadi pendesak dan pengaturcara. Perikatan Nasional tertubuh kerana UMNO memberikan talian hayatnya.

Maka nasib Perikatan Nasional seterusnya adalah dalam percaturan UMNO. Pada UMNO-lah kunci sebuah pemerintahan yang berfungsi boleh dijelmakan.

Tetapi UMNO juga berhadapan dengan masalahnya tersendiri. Pelbagai kabilah dalam UMNO dengan cita-cita masing-masing.

Cita-cita untuk diri sendiri dan bukan untuk negara, parti, orang Melayu dan Islam. Masalah inilah yang akan menewaskan UMNO jika tidak diatasi.

Para pemimpin dalam UMNO mesti mengendurkan aspirasi peribadi dan mengutamakan hanya aspirasi parti dan negara.

Kekadang terlalu banyak pertindihan pendirian sehingga ahli dan rakyat jadi bingung pendirian mana yang UMNO ini sebenarnya perjuangkan.

Jika UMNO ingin berkelangsungan, maka UMNO harus teguh dengan keputusan parti dan hanya keputusan parti. Ini maksudnya hanya institusi Presiden dan Majlis Tertinggi sebagai pengemudi perjalanan UMNO.

Segala yang di luar institusi ini bukan mewakili kepentingan parti malah adalah elemen canggahan kepada parti.

Sama ada kita bersetuju dengan individu atau tokoh tertentu dalam kepimpinan parti, itu biarlah kita simpan dalam nurani kita. Namun disiplin parti mesti kita kekalkan.

Mereka yang terpilih dek keputusan perwakilan adalah wakil sebenar parti dan kepada merekalah kita sandarkan keyakinan.

Tanpa disiplin, parti akan jadi persendaan ahli dan rakyat. Tanpa kesatuan, UMNO akan meleset dalam seteruk-teruk kemelesetan.

Kepada semua kabilah dalam parti, kendurkanlah cita-cita kalian demi menyelamatkan UMNO. Kembalilah semua sebagai hanya satu pasukan demi tanah air.

Namun ini tidaklah bermakna kalian harus memadam cita-cita untuk memimpin bangsa suatu hari nanti. UMNO senantisa bersedia menonjolkan hanya yang terbaik jika saat dan ketikanya sampai tetapi mesti dengan mengikut resmi dan tradisi UMNO.

Semoga Allah membuka seluas-luasnya pintu persaudaraan di kalangan kita dan semoga Allah melembutkan hati sang ‘panglima’ dalam UNMO untuk bertaut kembali demi UMNO yang satu-satunya. – UMNO ONLINE

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

Close ranks for Umno’s sake – Khaled

TO ESTABLISH a stable government in Malaysia, Umno must become a part of its structure. Pakatan Harapan collapsed because Umno was the force behind it. Perikatan Nasional was also formed because Umno gave it a life support.

PN’s fate is sealed within Umno’s drawing board. It is in Umno that lies a benevolent administration.

However, Umno is plagued with domestic problems, especially the existence of many warlords with their self-interest ambition.

They harbor personal political ambition and not for the country, the party, the Malays and Islam. Umno will eventually succumb should all these are not looked into.

Umno leaders must put behind personal aspiration and focus on party and nation aspiration. Sometimes there are different opinions that puzzled and annoyed the people.

If Umno wants to stay relevant, it must be firm with all decisions. This means only the Presidential institution and the Supreme Council can steer its path forward.

As to whether we are in the same page with certain individuals and leaders in the party, keep it to yourself. Whats important here is retain our discipline.

Those elected through party election are the ones representing us, so trust and cooperate with them.

Without discipline, the party will be mocked by the people. Without unity, Umno will go to the dogs.

To all warlords and factions, put aside your personal interest and safe Umno. Let us close ranks for the country;s sake.

But it does not mean that you have to forsake of becoming a leader when the time comes. Umno always promote the new ones and among the best to take over the leadership.

May Allah bless our unity.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Vice-President