PKP 3.0 Buat Rakyat Makin Terdesak, Tertekan… Kerajaan Perlu Segerakan Tuntutan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju untuk terus desak kerajaan agar tuntutan rakyat disegerakan apatah lagi hari ini sudah masuk hari ke-46 rakyat dikurung atas nama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Katanya, bukan semua rakyat bergaji tetap dan majoriti bergantung kepada pendapatan hari, berniaga sendiri yang amat terkesan apabila PKP 3.0 dilaksanakan.

“Apabila Kerajaan buat lockdown tanpa apa-apa bantuan sebagaimana PKP 1.0, itu yang menyebabkan ramai rakyat amat tertekan, terdesak hingga ke peringkat kemurungan bahkan ada yang berkira-kira untuk ambil tindakan di luar rasional kewarasan pemikiran,” katanya menerusi laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Pemuda UMNO adalah antara pihak yang konsisten menggesa kerajaan meluluskan permohonan rakyat yang antaranya memberi bantuan khas kepada mereka yang terkesan PKP, lanjutan moratorium tanpa faedah/caj tambahan kepada semua kelompok termasuk M40 serta akses rakyat kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

Terdahulu, dalam hantaran di laman facebooknya juga, Asyraf Wajdi membidas pemimpin yang lebih berminat mengulas berkenaan kempen #kerajaangagal sedangkan rakyat mahukan rasional dan kewajaran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tergesa-gesa mahukan Syarikat ‘Ah Long Berlesen’ segera beroperasi.

“Sedangkan rakyat tengah susah dan tertekan dengan simpanan dah habis, hutang keliling pinggang dan komitmen bulanan tak tertanggung. Rakyat mahu moratoritum tanpa caj tambahan, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 bukan tawaran berhutang dengan ‘Ah Long berlesen’.

“Lagipun bukan menteri yang wajar menilai #KerajaanGagal ataupun tidak, tetapi rakyat,” tegasnya lagi. – UMNO Online

MCO 3.0 makes the public more desperate

KUALA LUMPUR, June 26 – Youth chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agreed that the government must be pressured to look into the people’s demand, especially today marks the 46th day they are locked up under the Movement Control Order (MCO) 3.0.
He said, not all citizens have a fixed salary and the majority depend on daily income, notably those self-employed.
“When the lockdown was imposed without any assistance such as PKP 1.0, it left many people depressed and desperate which led to some of them took irrational action,” he said in his FB posting.
Umno Youth is among those who consistently urged the government to approve the people’s applications, including special assistance to those affected by MCO, extension of automatic moratorium for all groups including M40. Among desperately needed are access to i-Sinar 2.0 and i-Lestari 2.0.
Earlier, Asyraf Wajdi slammed leaders who were more interested in commenting on the #kerajaangagal campaign when the people wanted the know the rationale behind Minister of Housing and Local Government to allow ‘Ah Long’ operate immediately.
“You are only adding to their problems,” he said.