Kempen Bendera Putih Usaha Terpuji… Manifestasi Kekecewaan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau dengan kesulitan yang dihadapi rakyat yang berdepan dengan kemelut kewangan ketika negara masih dengan penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata kempen bendera putih inisiatif yang dicetuskan oleh netizen merupakan manifestasi kekecewaan rakyat kerana mendapati ramai hidup dalam kesulitan.

“Netizen Malaysia memang hebat kreativiti mereka tiada tolok bandingan. Namun ada perbezaan pendapat mengenai kewajarannya.

“Sebilangan menyokong. Sebilangan menganggap ia mengaibkan sesebuah keluarga. Bagaimanapun terserah kepada penerimaan masing-masing tentang bendera putih.

“Mungkin pada mereka itu kaedah paling berkesan untuk dapat bantuan segera. Mahu menunggu i-Citra dan moratorium automatik lambat lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau doa perlu seiring dengan usaha iaitu termasuk dalam mengibarkan bendera putih.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga percaya bahawa anggota masyarakat perlu terus peka dengan persekitaran mereka.

“Mungkin ada berasa segan untuk menyatakan mereka dan keluarga mereka dalam kesusahan. Saya difahamkan banyak persatuan penduduk dan pengurusan surau di sesebuah kawasan mewujudkan grup Whatsapp untuk penduduk dan kariah.

“Sampaikan pesanan kepada semua siapa memerlukan bantuan sila private message. Supaya persatuan penduduk dan pengurusan surau dapat ikhtiarkan sesuatu untuk membantu.

“Terutama bagi mereka yang sebelum ini tiada dalam senarai asnaf persatuan penduduk dan pengurusan surau,” ujar beliau. – UMNO Online

People’s frustration in White Flag campaign

KUALA LUMPUR, July 2 – Party President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi is worried with the people’s frustration over financial difficulty amid the government effort to contain the Covid-19 pandemic.

He said the white flag campaign initiated by netizen manifests all predicaments they are into now.

“They are very creative, unmatchable although there are different view about it. Some support it while others say it is a disgrace to their family. Its up to their perception.

“Maybe its the best way to attract immediate assistance since it will take sometimes for i-Citra and the automatic moratorium,” he said in a FB posting.

The BN chairman, however, believes the community must keep an eye of their surrounding.

“There may those who are shy to admit that they are in difficulty. I understand many community associations and ‘surau’ set up their own Whatsapp group to attend to things like this.

“They told those badly affected to seek their aid, notably the poor who were never registered,” he said.