Rakyat Semakin Keliru, Dipermainkan Cara Kerajaan PN Tangani COVID-19 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Julai – “Rakyat semakin keliru dan sangsi dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan pandemik COVID-19,” demikian luahan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan keadaan semasa yang dihadapi rakyat pada ketika ini.

Jelas beliau, rakyat juga berasa seolah-olah dipermainkan kerana sia-sia sahaja lebih tiga puluh hari berkorban menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kes harian yang direkodkan tidak mencatat penurunan.

“Itu belum tentang kaedah Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4 yang memusykilkan. Apabila ditegur total lockdown separuh masak, suam-suam kuku geng PN marah.

“Dituduh bercakap seperti pembangkang, konon kuat merungut, main politik. Kes tetap tinggi. Tarikh 3 Julai baru seakan-akan mahu kuatkuasakan total lockdown yang sebenar.

“Namun dijenamakan sebagai PKPD tidak pasti mengapa. Itupun di Selangor dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur sahaja. Bagaimana di negeri lain?” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kesal kerana pelaksanaan PKP ini juga masih membenarkan sektor pengilangan untuk beroperasi.

“Walhal kerajaan PN mengakui sedang berlaku penularan tiga varian baharu yang lebih ganas. Varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

“Apakah mahu tunggu sehingga negeri lain turut melaporkan purata kes harian 1,800 ke 1,900? Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada 14 Jun pernah kata sektor pengilangan merekodkan jangkitan tertinggi.

“Seorang menteri PN bagaimanapun kata bukan. Katanya tidak adil menyalahkan sektor pengilangan. Jika begitu bila masalah pandemik ini dapat dibendung secara mutlak?” soal beliau.

Ahmad Zahid malah mempersoal sampai bilakah rakyat boleh kembali menjalani kehidupan secara normal dengan sempadan negeri dibuka.

“Rakyat juga tidak boleh bertahan terlalu lama dengan moratorium 6 bulan dan i-Citra RM1,000 x 5 bulan. Sebab itu kerajaan PN tetap disaran melaksanakan PKP penuh atau total lockdown di seluruh negara.

“Lakukan untuk satu tempoh yang munasabah kerana ia kaedah yang lebih pantas. Kita tidak mahu kerajaan PN dilihat seakan-akan mahu ‘perlahan-perlahan kayuh’.

“Sebab itu juga Parlimen kena segera bersidang untuk suara rakyat kembali didengari. Kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) cukup-cukuplah memutar belit fakta cuba memanipulasi persepsi rakyat,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu. – UMNO Online

Covid-19: The people feel deceived

KUALA LUMPUR, July 3 – The people feel they are being deceived by the Perikatan Nasional over managing the Covid-19 pandemic, says party president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said, they also feel being toyed around because the over 30-day duration under the Movement Control Order (MCO) fails to bring down the number of new infection cases.

“Not also the Phase 1, 2, 3 and 4 which are very puzzling. When we said that they implemented the half-cooked total lockdown, they were mad at us. They labelled us speaking as the Opposition, lots of complaints and playing politics. Only then, on July 3, they imposed the real total lockdown.

“Even that, it was called CMCO which covers Selangor and certain ares in Kuala Lumpur only. What about other states,” he said in a FB posting.

The Bagan Datuk MP and BN chairman, however, regrets that the manufacturing sector is allowed to operate.

“They even admitted that the three new variants, Beta B.1.351 (South Africa), Delta B.1.617.2 (India) and Alpha B1.1.7 (UK) are even more notorius.

“Are they expecting other states to also record daily cases of between 1,800 and 1,900? Health DG Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah had on Jun 14 said that manufacturing sector recorded the highest case.

“A PN minister denied it and defended the sector. It was not fair, he said. If this goes on, when will the pandemic can come to an end?,” he asked.

Zahid also wonders as to when will the people can get back their normal life with the re-opening of states’ border.

“The people cannot survive long with the 6-month moratorium and i-Citra or RM1,000 x 5 months. For that, the government is suggested to impose a full MCO or total lockdown nationwide. Do it in a logical period. We don’t want them to be looked at as ‘dragging at their feet’.

“And for that reason, the Parliament must reconvene soon to listen to the people’s woes. My advise to those at J-KOM or the Communtiy Communications Department, time to stop manipulating news and facts to the people.”