Bersatu Hati Ketika Pandemik COVID Melanda – Norshida

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim mengajak semua pihak untuk bersatu hati ketika pandemik melanda negara hari ini.
Dalam satu catatan di Facebooknya, beliau mengulas dan mengharapkan masing-masing agar dapat bekerjasama sebaiknya termasuklah dalam soal pemasangan kawat berduri di kawasan Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur.

“Saya tertarik apabila membaca keratan akhbar bahawa Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid menafikan bahawa pihaknya memberi kebenaran untuk pemasangan kawad berduri di tangga di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur.

“Pihak Polis DiRaja Malaysia pula memaklumkan dan mengesahkan bahawa pemasangan kawat berduri di laluan tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini telah dipersetujui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diadakan sebelum ini.l,” katanya.

Katanya lagi terdapat perselihan pendapat antara agensi perkhidmatan awam yang perlu di selesaikan secara berhemah dan sebagai Ketua Pengarah atau Ketua agensi sesebuah jabatan perlu menggunakan budi bicara demi memastikan penularan COVID-19 ini dapat di putuskan secara kerjasama penuh antara semua pihak termasuk rakyat.

Tambahnya semua penjawat awam terutama mereka yang memegang jawatan tinggi perlu sentiasa bertolenrasi dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tanpa memihak kepada mana-mana kumpulan.

“Sungguh pun terdapat Peraturan Keselamatan Kebakaran & Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam namun bagi menyekat pergerakkan penduduk dari melepasi kawasan PKPD sewajarnya perkara ini di selesaikan secara berhemah dan bertoleransi dan penduduk pula di beri jaminan bantuan kecemasan akan diberikan dengan kadar yang cepat kerana kawasan PKPD di kawal sepenuhnya oleh pasukan keselamatan terutamanya pihak polis dalam tempoh 24 jam sehari sepanjang tempoh tersebut.

“Kita perlu ingat bahawa semua pegawai kerajaan terutama mereka yang berjawatan tinggi perlu kekal sebagai kumpulan berkecuali kerana mereka ibarat ‘tulang belakang’ dan penentu kejayaan sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan di negara ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Akhir sekali, saya rasa semua penjawat awam perlu bersikap ‘neutral’ dan mengelak timbul dakwaan atau persepsi pihak tertentu bahawa sesuatu dasar gagal dilaksanakan kerana wujudnya unsur sabotaj dalam kalangan penjawat awam sendiri,” ujarnya.- UMNO Online