10 Permintaan Rakyat Untuk Tambah Baik Bantuan Rakyat – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyenaraikan 10 permintaan rakyat untuk tambah baik bantuan rakyat.

Berikut merupakan artikel penuh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

1.Segerakan Bantuan Khas Covid (BKC), jangan tunggu bulan Ogos; itupun belum ada tarikh bulan Ogos bagi tujuan pembayaran. Rakyat amat terdesak sekarang. (Nota: Nilai BKC adalah RM250 untuk M40, RM800 untuk B40; RM1,300 untuk Miskin Tegar; RM100 untuk Bujang)

2.Jangan berkira sangat, luluskan sahaja kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan penerima GKP-Geran Khas Prihatin (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 sahaja; B40: RM300 + GKH:RM500 = RM800 sahaja). Ramai mengadu dinafikan BPR/BKC kerana GKP sedangkan GKP untuk bantu perniagaan terjejas sedangkan BPR/BKC lebih kepada keperluan menampung kehidupan diri dan keluarga.

3.Permudahkan proses rayuan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan. Karenah birokrasi akan menyusahkan rakyat terutamanya M40 yang hanya menerima RM250 (takut-takut kos nak merayu akhirnya yang tinggal berbaki jika berjaya sekalipun sudah tidak berbaloi).

4.LHDN wajar ambil kira data terkini. Ramai di kalangan rakyat terutamanya M40 yang jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini ketika PKP 2.0 dan makin parah apabila PKP 3.0. Data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat.

5.Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40. Nilai RM250 terlalu sedikit dalam keadaan rakyat sudah sampai ke peringkat terdesak.

6.Tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum,, contohnya RM10,000 bagi yang ada simpanan RM100,000 ke atas.

7.Benarkan akses kepada Akaun 1 KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui karenah birokrasi dalam pengeluaran dan permohonan.

8.Benarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak.

9.Selaraskan kaedah penawaran Moratorium yang dibuat oleh Bank-Bank dengan tidak mengenakan faedah terakru sehingga rakyat terpaksa membayar kos pinjaman lebih tinggi akibat memilih Moratorium.

10.Bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil yang ramai mula terpaksa gulung tikar akibat PKP 3.0 yang berpanjangan dan tiada berkesudahan.

#PEMUDAJURUIBICARARAKYAT

10 improvements to help the people

KUALA LUMPUR, July 9 – Youth Chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki listed 10 things as requests on how assistance to the people can be further enhanced.
They are:
1.  Immediate Covid Special Assistance (BKC), don’t wait for August. The people are desperate now. (Note: BKC value is RM250 for M40, RM800 for B40; RM1,300 for hardcore poor; RM100 for single)
2. Just approve both the categories of ACA/BKC and GKP recipients – (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 only; B40: RM300 + GKH: RM500 = RM800 only) . Many complained that the ACA/BKC was denied because of GKP while the GKP for businesses was affected while the ACA/BKC was more for families.
3. Simplify applications without too many documents. Bureaucracy will make it difficult for the people, especially the M40 who only receive RM250.
4. The IRB should take into account the latest data. This includes M40 who fell into the B40 category since the beginning of this year during MCO 2.0 and MCO 3.0. The 2020 tax payment data does not reflect the reality of current situation.
5. The government should increase the fiscal injection by increasing the amount of BKC especially for M40. The value of RM250 is too little in a situation where the people have reached a desperate level.
6. Improve i-Citra by allowing withdrawals in a ‘lump sum’ compared to periodically every month and a higher rate according to the contributor’s savings, for example RM10,000 for those with savings of RM100,000 and above.
7. Allow access to EPF Account 1 and facilitate i-Citra withdrawals without having to go through bureaucracy in withdrawals and applications.
8. Allow access to the T20 and M40 groups to withdraw contributions at a higher rate for the purpose of settling commitments.
9. Coordinate the method of offering moratorium by banks by not imposing accrued interest.
10.Emergency special assistance for small traders who are starting to have to go out of business due to the prolonged and endless MCO 3.0.