Parti Buat Ketetapan, Pandangan Ahli MKT UMNO Diraikan Tanpa Sekatan – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 9 Julai – KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memberikan penerangan apa sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO lantaran terdapat pelbagai persoalan berlegar berkaitannya.

Berikut adalah penerangan dari beliau:

Ada yang mempersoal tentang kenyataan rasmi parti selepas Mesyuarat MKT kelmarin.

Ia menjadi lebih keruh apabila butiran mesyuarat dibocorkan begitu sahaja tanpa hormat kepada kerahsiaan parti.

Apa yang sebenarnya berlaku?

Beberapa yang utama, tanpa saya membongkar butiran mesyuarat yang sepatutnya sulit:

1.Pelbagai pandangan disuarakan dalam Mesyuarat MKT kelmarin. Pandangan diraikan tanpa sekatan atau tapisan.

2.Setelah perbincangan tamat, beberapa ketetapan dibaca oleh Presiden, selain mengucapkan tahniah kepada YAB Timbalan Perdana Menteri atas pelantikan beliau.

3.Dua ketetapan utama selain urusan dalaman parti:

– Parti menarik sokongan dari YAB Perdana Menteri

– Ahli-ahli Parlimen UMNO diberi kebebasan menggunakan budi bicara dalam sebarang pengundian percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat kelak

Setelah mesyuarat tamat, maka kenyataan Presiden dibaca secara “live” kepada media, kemudian keesokan harinya disusuli kenyataan tambahan yang dimandatkan kepada Setiausaha Agong.

Kedua-dua kenyataan Presiden dan SUA merangkumi dua ketetapan utama seperti yang diatas.

Semoga seluruh ahli dan terutamanya pemimpin UMNO tanpa kira kedudukan dan jawatan dapat terus memperkuat parti, menjuarai dan meyakinkan rakyat terutamanya menjelang PRU15 bila sahaja ia datang.

Itulah medan sebenar menguji kekuatan sama ada parti dan pemimpin mendapat kepercayaan dari rakyat segenap generasi atau tidak. Tiada percaturan dari mana-mana pihak yang mampu mengubah hakikat ini. Ternyata situasi rakyat tidak menjadi lebih baik atau gembira membaca butiran persaingan atau percaturan politik terbuka apatah lagi disaat ini.

Ke arah itu, dalam membuat sebarang keputusan seterusnya, didoakan semua pemimpin dan figura dalam UMNO diberi kebijaksanaan dalam kenyataan, kerja dan gerak langkah agar semua aset parti kita dapat digemblengkan menjadi suatu ketumbukan padu untuk penilaian rakyat. – UMNO Online

Truth about Supreme Council meeting

KUALA LUMPUR, July 9 – Information Chief Shahril Hamdan details out the actuals at the Supreme Council (MKT) meeting as it raised many incorrect views and analysis about it.
“Some question the party’s official statement after the MKT meeting yesterday. It became even more murky when its details were leaked out of party secrecy.
What really happened? Some of the main ones, without me disclosing details of it as they are confidential:
1. Various views were voiced. We took into account each and every of it.
2. After discussion, several resolutions were read by the President, besides congratulating (Ismail Sabri) for his appointment as Deputy Prime Minister.
3. Two main resolutions other than the internal affairs of the party, namely:
– The party is gaining the Prime Minister’s attention.
– Umno MPs are given the freedom to use their discretion in any vote of confidence or no confidence in the Dewan Rakyat in the future.
After the meeting, the President’s statement was read “live” to the media, followed by an additional statement by the Secretary-General a day later.
Both the President’s and SUA statements also cited the two main resolutions abovementioned.
Hopefully, all members and party leaders regardless of position will continue strengthen the party, win the people and ensure victory in GE15.
That is the real acid test for us. Nothing can change us. Apparently, the people’s situation has not improved, let alone showing interest in any political game at the back of their hardship. We do understand them.
Let’s pray that all of us are accorded the wisdom as our party is the people’s asset. Let them evaluate us.