Hentikan Permainan Politik, Rakyat Dan Negara Perlu Diselamatkan Segera – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa rakyat dan negara perlu diselamatkan segera.

Kerana itu katanya, permainan politik perlu dihentikan secepat mungkin.

“Rakyat sudah tidak tertanggung lagi. Negara sedang berdepan kegagalan maha dasyat. Kes harian jangkitan COVID-19 semalam telah pun mencecah hampir 10,000 kes, tetapi yang di puncak kuasa seolah-olah terus bermain politik menjamin kedudukan.

“Sebab itu kita mahu menghentikan permainan politik itu secepat mungkin. Rakyat dan negara perlu diselamatkan segera. Kita berusaha sehabis baik,” ujarnya yang juga Pegenerusi Barisan Nasional (BN) menerusi kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid mengulas berkaitan ada dua perkhabaran yang dianggapnya cukup menyayat hati.

“Pertama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilapor meninggal dunia. Berita awal menyebut pelajar itu mengalami beban belajar dalam talian. Maklumat awal seperti dilaporkan media itu andai benar sangat mendukacitakan.

“Kedua berlaku kekecohan semasa pengebumian jenazah kes COVID-19 di Klang, Selangor.

“Disebabkan rasa tidak puas hati antara sukarelawan pengurusan jenazah dan petugas kesihatan.
Kedua-dua pihak kelihatan sudah begitu kepenatan sehingga berlaku pertelingkahan.”

Sebab itu tegas beliau lagi, Malaysia perlu segera keluar daripada ancaman pandemik berbahaya.

Dilaporkan, kes harian baharu COVID-19 di negara ini kekal mencatatkan angka melepasi 9,000 dengan 9,105 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 836,296.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,682 kes diikuti Kuala Lumpur 1,247; Negeri Sembilan (541); Johor (392); Kedah (382) dan 300 kes di Pahang.– UMNO Online

Enough of political games, country in haywire

KUALA LUMPUR, July 11 – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the government must stop playing politics immediately and instead gives attention to rescuing the country and its people.

The party president said the people who are now faced with many difficulties couldn’t take it anymore.

“The nation is in deep fiasco. The daily new Covid-19 infection almost break the 10,000 barrier yesterday but those at the top are still scrambling politically to secure their position. That is why we need to put a stop at all these. Safe the country and the people first,” he said in a FB posting.

The BN chairman had earlier cited two heart-rending stories about an UiTM student found dead puportedly under stress over online learning, and second the fracas during burial of Covid-19 victim in Klang, Selangor.

“The fracas erupted due to fatigueness of volunteers and health staff. Both were actually tired.

“This indicates how Malaysia needs to be free from the deadly pandemic as soon as possible.”

It was reportedly that the new cases exceeded 9,000 with 9,105 today, making the total number to 836,296. Selangor remains the state with the highest daily number with 4,682 followed by Kuala Lumpur 1,247, Negeri Sembilan (541), Johor (392), Kedah (382) and Pahang 300.