13 BPUN Gesa UMNO Terus Bersatu, Bersetia, Berkhidmat… Istiqomah Teguh Prinsip Perjuangan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti di semua peringkat UMNO Cawangan dan UMNO Bahagian untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, telah sepakat menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen dan kepimpinan parti setiap masa untuk mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Meminta agar semua ahli-ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO.”

Berikut ialah kenyataan terbabit:

Perbincangan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri pada hari ini, 16 Ogos 2021 telah bersepakat untuk :

1. Menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti di semua peringkat UMNO Cawangan dan UMNO Bahagian untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

2. Menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen dan kepimpinan parti setiap masa untuk mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

3. Meminta agar semua ahli-ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO.

1. YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan

2. YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail

3. YAB Datuk Ir. Hasni Bin Mohamad

4. YAB Dato’ Saarani Bin Mohamad

5. YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man

6. YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub

7. YB Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said

8. YB Dato’ Sri Bung Moktar Bin Hj. Radin

9. YBhg. Datuk Hj. Musa Bin Hj. Sheikh Fadzir

10. YBhg. Mejar Jen Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom(B)

11. YB Dato’ Sri Ab Rauf Bin Yusoh

12. YBhg. Datuk Seri Hj. Johari Bin Abdul Ghani

13. YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar – UMNO Online

Download (PDF, 352KB)