Akta Pembiayaan Dana Politik Penting Dibentang Di Parlimen, Elak Jadi Mangsa Pendakwaan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa akta berkaitan dana politik penting untuk dibentangkan di Parlimen agar tiada lagi pemberi dan penerima menjadi mangsa sita, kompaun atau pendakwaan.

Katanya, Barisan Nasional (BN) telah bersetuju melaksanakan pembentangan berkaitan akta ini sejak tahun 2016 lagi.

“BN setuju bentang tahun 2016 lagi tapi pembangkang tidak setuju, khuatir antara lain penyumbang disenarai hitam oleh kerajaan. Kini akta wajar dibentang semula,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya.

Terdahulu dalam ciapan yang lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian mebgucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menulis dalam laman facebooknya berkaitan penjelasan bayaran kompaun terhadap kes beliau.

“Terima kasih Datuk SeriNajib yang menulis dalam FB dan beri fakta lawan kenyataan Pakatan Harapan (PH).

“Ya, benar ketika PH memerintah lagi pada Okt 2019 saya telah ditawar agar bayar kompaun, namun kerana ada yang dikena kompaun 50 kali, 25 kali ganda, maka saya dan 32 kes yang lain minta semakan kehakiman,” jelasnya.

Menerusi laman facebooknya, Najib menerangkan bahawa kenyataan bersama Majlis Presiden PH berhubung penyelesaian kes Ahmad Maslan dengan bayaran kompaun adalah sangat salah dan hanya sekadar untuk menipu penyokong mereka.

Berikut ulasan Najib:

Kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung penyelesaian kes Ahmad Maslan dengan bayaran kompaun adalah sangat salah dan hanya sekadar untuk menipu penyokong mereka.

“Adakah SOP kini membolehkan seseorang boleh didakwa mencuri wang untuk dilepaskan dengan membayar balik sebahagian daripada “barang kes” tersebut?” soal Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini.

Amat-amat salah fakta!

Kenapa salah?
Nombor 1: Ahmad Maslan tidak didakwa mencuri apa-apa wang tetapi dituduh menerima bayaran dari saya yang dikatakan adalah berpunca dari 1MDB.
Perlu ingat bahawa sudah berpuluh kali kes serupa di mana kerajaan kalah dalam mahkamah sebab GAGAL membuktikan wang yang saya bayar berpunca dari 1MDB atau dari sumber haram.

(Memang pun sebab telah dibuktikan banyak kali dalam mahkamah bahawa saya pernah terima sekurang-kurangnya RM642 juta terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab. Itu wang haram atau wang curi ke?)

Nombor 2: Tawaran kompaun kepada Ahmad Maslan untuk selesaikan kes pertama kali ditawar oleh kerajaan PH pada tahun 2019. Pada masa itu, Ahmad Maslan enggan bayar sebab berasa dia tidak bersalah.

Bukti ada di sini:
“8 Oktober: Hanya 8 (daripada 80) setuju bayar kompaun – SPRM”
https://www.bharian.com.my/…/hanya-8-setuju-bayar…

Namun minggu lepas pula Ahmad Maslan bersetuju untuk bayar untuk elak kes mahkamah berlanjutan.
Yang paling lawak dalam kenyataan salah fakta dan menipu Pakatan Harapan hari ini untuk mempertikaikan kenapa Ahmad Maslan dilepaskan setelah membayar kompaun ialah antara individu yang tanda tangan ialah Guan Eng.

Kes rasuah banglo dia bukan diselesesai dgn kompaun tapi diTARIK BALIK bawah kerajaan PH walaupun perbicaraan dia sudah berjalan dengan berpuluh saksi sudah memberi kenyataan dalam mahkamah – jauh berbeza dengan kes Ahmad Maslan yang perbicaraan mahkamah baru sahaja akan bermula.

Majlis Presiden Pakatan Harapan tak nampak ini pulak.

Cuba bezakan kenyataan SPRM masa Guan Eng dilepaskan berbanding masa Ahmad Maslan dilepaskan.
2018 – Guan Eng:

“SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah. SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.”

https://www.hmetro.com.my/…/sprm-terkejut-guan-eng…
2021 – Ahmad Maslan:

“Ahmad Maslan sebelum ini pernah ditawarkan kompaun tersebut pada Oktober 2019 namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu. Semasa tempoh perbicaraan berjalan, beliau telah mengemukakan representasi dan bersetuju kembali untuk membayar kompaun tersebut,” memetik kenyataan itu.
https://www.astroawani.com/…/kompaun-terhadap-ahmad…

PH nampak perbezaan tak? – UMNO Online