UMNO/BN Mesti Segera Keluar Dari Belenggu Kerjasama Yang Lemah, Tegas Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) mesti segera keluar dari belenggu kerjasama yang lemah.

Menurut Pengerusi BN itu, kegagalan usul yang dibawa oleh kerajaan untuk melanjutkan tempoh tahanan di bawah seksyen 4(5) SOSMA 2012 adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Ini kerana, jika kita merujuk kepada Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak kerajaan (Perikatan Nasional – PN) dan pembangkang (Pakatan Harapan – PH), Perkara 3 dengan jelas menegaskan bahawa pihak pembangkang hendaklah bersetuju, atau berkecuali, dalam apa-apa usul yang dibawa oleh kerajaan.

“Ia sebagai salah satu langkah yang diambil bagi mewujudkan kestabilan politik dalam pentadbiran semasa.

“Namun, apabila usul yang dibentangkan kali ini gagal akibat tidak mendapat sokongan pihak pembangkang, adalah wajar untuk kita semua menyimpulkan yang mereka telah memungkiri janji, melanggar persetujuan dan mengabaikan sama sekali komitmen mereka sebelum ini,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelas Ahmad Zahid, keadaan ini mencerminkan beberapa perkara yang mesti dipandang serius.

“Pertama, pembangkang sebenarnya tidak berminat untuk mewujudkan kestabilan politik. Malah, PH sebenarnya sangat cenderung untuk melupakan janji dan komitmen mereka dengan mudah. Pada pandangan saya, tidak ada gunanya untuk kita terus berpegang pada janji mereka.

“Kedua, kerajaan mesti mempunyai majoriti tersendiri. Majoriti yang kuat dan tidak mengharapkan ihsan serta budi bicara pembangkang. Kerajaan seperti dalam kedudukan sekarang tidak akan dihormati, tidak stabil dan tidak akan berupaya untuk mengemuka dan menjayakan dasar yang baik dengan lancar,” ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Tambahnya lagi, kedua-dua perkara itu adalah bukti jelas bahawa kerajaan sedia ada sudah tidak dihormati.

“MoU antara kerajaan dan pembangkang juga nampaknya sudah tidak lebih dari sekadar janji di atas kertas.

“Jika ditanya pendirian saya dan parti, saya kira semuanya sudah sangat jelas. Malah, ketetapan dan pendirian kita semasa PAU (Perhimpunan Agung UMNO) tempoh hari adalah sesuatu yang rasional dan berasas.

“Saya harap, masyarakat di luar sana dapat melihat betapa rapuh dan berisikonya bentuk kerajaan yang ada. Malah, ia adalah pengajaran yang besar kepada parti politik seperti UMNO dan BN,” katanya.

Justeru ulasnya lagi, semua itu hanya menguatkan semangat dan kepercayaannya betapa UMNO harus bangkit kembali sebagai kuasa politik yang kuat, besar dan terhormat.

“Kita mesti berupaya membawa dasar dan usul yang baik tanpa perlu mengharapkan sokongan pihak lawan yang suka menangguk di air keruh.

“Yang pasti, apa yang berlaku ini (kegagalan usul SOSMA 2012) adalah sesuatu yang memalukan kerajaan. Ia adalah aib yang menuntut kita untuk mengukuhkan diri dengan cara yang strategik dan segera,” katanya. – UMNO ONLINE

Time to exit a loose pact, says Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, March 24 – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Umno/Barisan Nasional must immediately exit the loose cooperation.
The BN chairman said the failure of the motion brought by the government to extend the detention period under section 4 (5) of SOSMA 2012 is shocking.
“If we refer to the Memorandum of Understanding (MoU) between Perikatan Nasional and the opposition (Pakatan Harapan-PH), Article 3 clearly states that the Opposition must agree, or abstain, in any motion pushed by the government.
“It is one of the steps taken to create political stability in the current administration.
“However, when the motion failed due to lack of support from the Opposition, it is appropriate for all of us to conclude that they have broken their promises, violated agreements and completely ignored their previous commitments,” he said in a FB posting.
The party president also explained that this situation reflects several things that must be taken seriously.
“First, the opposition is not really interested in creating political stability. In fact, the PH MPs are actually very likely to forget their promises and commitments easily. In my view, there is no point for us to continue with them.
“Second, the government must have its own majority. It must be a strong one that does need the courtesy and discretion of the opposition. Such a government will not be respected, unstable and will not be able to present and succeed in good policies smoothly.”
He further said the MoU between the government and the Opposition also seems to be nothing more than a promise on paper.
“If asked about my stance and the party, I think everything is very clear. In fact, our decision and stance during the party General Assembly is rational and well-founded.”
Sharing his view is Youth Chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, who said the government cannot be governed forever by relying on the kindness of the Opposition.
“How can political stability be achieved if the country continues like that, and how can investor confidence be achieved if the government is seen as unstable and can be threatened at any time,” he said.
In the MoU signed on 13 September 2021, Article 3.3 (b) stipulates that the PH (Pakatan Harapan) agrees to “take a stand in support or neutrality in any motion submitted by the government”.
“This means that PH has promised not to reject any government proposal in Parliament if it is tabled,” he said in a post on Facebook.