Puteri UMNO Terus Berperanan Angkat Suara Rakyat – Zahida

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tekanan kenaikan harga barang serta isu-isu yang melingkari masyarakat akan terus diberi perhatian serta tumpuan oleh Pergerakan Puteri UMNO.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata perkara tersebut antara yang menjadi tumpuan serta perbincangan menerusi Mesyuarat Exco Puteri UMNO malam tadi.

“Alhamdulillah, selesai mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Bil 3.  Sudah semestinya isu isu rakyat jadi agenda penting.

“Tekanan kenaikan harga barang, kos sara hidup dan banyak lagi,” katanya menerusi perkongsian  di Facebook beliau.

Zahida seterusnya menambah Puteri UMNO akan terus memainkan peranan tersendiri khususnya menjadi jambatan untuk mengenegahkan suara-suara rakyat.

“Insya Allah Puteri UMNO akan terus jadi mata,telinga, dan seterusnya mengangkat suara rakyat. Perjuangan untuk masyarakat sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya- UMNO Online