Taklimat Khas Presiden UMNO Esok, Semua Dijemput Hadir


KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Satu Taklimat Khas oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan esok, Sabtu 27 Ogos.

Taklimat tersebut dijadualkan akan bermula pada jam 2.00 petang di Dewan Mereka dan Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL).

Menerusi taklimat tersebut, antara yang bakal disentuh ialah berkaitan isu-isu semasa khususnya yang membabitkan parti secara keseluruhan dan perkembangan terkini.

Sehubungan itu, semua ahli UMNO dan pendukung parti serta orang ramai dijemput untuk hadir bagi mendengar secara langsung taklimat yang bakal dibuat oleh Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Bagi menyemarakkan perjuangan dalam UMNO, digalakkan untuk berpakaian berwarna merah. – UMNO Online

President’s special message today, WTC 2pm


KUALA LUMPUR, aug 26 – Party President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi will give a special message to members and Malaysians today (Saturday Aug 27) at the World Trade Center.

Among important thing to be cited is the latest development affecting Umno.

Themed ‘red’, all walks of life are invited to the event, which will begin at 2pm.