Menaikkan OPR Bukan Satu-Satunya Penyelesaian Kejatuhan Ringgit – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan apabila rakyat hilang percaya, maka ekonomi akan runtuh binasa.

Beliau berkata demikian berikutan kebimbangannya dengan trend kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dollar yang berlaku sekarang termasuk langkah menaikkan kadar faedah (OPR).

“Walaupun masih belum seteruk awal 1998, tapi kadar RM4.52 = USD1 ini sudah tentu memberi kesan besar kepada harga barang terutama dari luar negara.

“Istilah ini kita panggil sebagai imported inflation. Kita mungkin tidak perasan pada peringkat awalnya kerana masih berjual beli dengan Ringgit. Tetapi situasi ini secara perlahan lahan akan menyebabkan kenaikan barang sehinggalah pengguna merasa terjerut akhirnya.

“Saya kira sudah sampai masanya satu tindakan drastik dibuat. Langkah menaikkan kadar faedah (OPR) nampaknya kurang berkesan untuk menaikkan semula nilai Ringgit.”

Katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, antara langkah yang dilihat boleh dibuat adalah dengan mengenal pasti semula barangan keperluan import yang terkesan disebabkan kejatuhan nilai Ringgit.

“Contohnya produk-produk berasaskan tepung. Dengan pengenalpastian ini, kerajaan boleh melaksanakan kaedah-kaedah pengurangan kos dalam jangka pendek seperti penghapusan duti import secara sementara.

“Langkah ini sudah tentu akan memerlukan tindakan bersepadu daripada Jabatan Perdana Menteri, KPDNHEP, Kementerian Kewangan dan MITI.

“Saya sebenarnya bimbang apabila rakyat mula melihat usaha-usaha kerajaan selama ini sebagai retorik. Sebab kita dilihat seolah olah hanya menumpukan kawalan kepada harga minyak dan ayam. Sedangkan hakikatnya kelangsungan hidup jauh lebih besar daripada itu,” katanya.

Jelas beliau, langkah menaikkan semula nilai Ringgit juga mesti diperkasakan supaya kesan ‘imported inflation’ ini dapat dikurangkan.

“Jika sekiranya kerajaan masih percaya matawang kita boleh dipulihkan dengan menaikkan kadar faedah, maka saya minta agar satu kaedah pengecualian/subsidi ke atas industri PKS dan rakyat M40 ke bawah hendaklah dipertimbangkan.

“Dalam keadaan hari ini, kita tidak wajar mengurangkan kuasa beli rakyat kerana ia bertentangan dengan polisi pemulihan ekonomi negara. Kerana ekonomi setiap negara itu terasnya datang daripada keyakinan rakyat mereka,” katanya lagi. – UMNO Online

Higher OPR not an option for depreciating Ringgit

KUALA LUMPUR, Sept 13 – Pemuda chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki urges the government to look into the depreciating Ringgit and the Central Bank’s decision in hiking up the overnight policy rate (OPR).

He says although it was not as bad as the RM4.52 rate recorded in 1998, it has already brought about negative bearing to the nation and its people since imported items would be more expensive.

“This is imported inflation. Maybe we don’t give it much attention because we still use Ringgit as the invoicing currency but it will soon eat up into our daily expenses. Even the higher OPR is not right at this moment,” he says in a FB posting.


He suggests for the matter to be weighed by the Prime Minister’s Department, KPDNHEP, the Finance Ministry and Ministry of International Trade and Industry.

“Do consider the impacts on the B40 category.”