Majlis Tertinggi gantung bahagian Arau

MAJLIS Tertinggi (MT) UMNO menggantung Bahagian Arau selepas melanggar perlembagaan parti, kata Ketua Penerangan, Isham Jalil.

Beliau berkata MT akan melantik ketua pentadbir bagi bahagian itu secepat mungkin.

“Kita akan lantik ketua pentadbir secepat mungkin. Senarai calon itu akan dibincangkan…keputusan Majlis Tertinggi adalah menggantung mereka atas sebab-sebab disiplin melanggar Perlembagaan Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO bagi bulan Januari yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Khamis lalu.