Umno T’ganu fail petisyen 3 kerusi Parlimen

BADAN Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Terengganu menfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Terengganu bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Pengerusinya, Ahmad Said berkata tindakan itu dilakukan atas salah guna kuasa oleh kerajaan negeri yang bertindak mengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu beberapa hari sebelum PRU15.

“Tidak pernah saya alami sepanjang sembilan kali terlibat dalam PRU wang begitu banyak diagihkan kepada rakyat, kerajaan negeri Terengganu telah menyalahgunakan kuasanya memberikan bantuan sempena Hari Raya menerusi i-fitri.

“Didapati wang juga dikeluarkan oleh parti beberapa hari sebelum hari pengundian, semasa Barisan Nasional (BN) tadbir setiap hari raya akan diberikan dana hari raya kepada yang layak serta dana remaja kepada belum berkahwin termasuk mahasiswa.”

Menurut beliau, pengagihan wang itu berlaku di lapan Parlimen di Terengganu. Bagaimanapun kerana kesukaran untuk mendapatkan saksi, hanya tiga petisyen dapat difailkan buat masa ini.