Hormatilah keputusan PAU, kata Saarani

AHLI Umno perlu menghormati keputusan Perhimpunan Agung untuk jawatan presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan kali ini.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata PAU ialah keputusan tertinggi parti dan ia mesti dijunjung oleh semua ahli.

Bercakap di Ipoh, beliau berkata sebarang keputusan dibuat melalui suara majoriti.

“PAU tidak sewenang-wenangnya meluluskan usul itu jika tidak ada sokongan majoriti. Mereka yang membantahnya perlu berfikiran sebagai ahli yang taat kepada parti.”