UMNO kutuk pembakaran al-Quran di Sweden

UMNO mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seorang ahli politik  pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turki di Stockholm baru-baru ini.

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerusi kenyataannya kelmarin, ia adalah perbuatan keji dan satu provokasi terhadap penganut Islam di seluruh dunia.

“Paludan juga dengan ketara telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dan ketika melakukannya beliau telah menjejaskan semangat kewujudan bersama secara aman dalam sebuah dunia yang mempunyai kepelbagaian agama.

Sementara itu, Majlis Ulama UMNO turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Paludan.

Pengerusinya Dusuki Ahmad berkata penghinaan terhadap mana-mana agama jelas bertentangan dengan etika kemasyarakatan yang menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan agama anutan mereka.