MKT dijangka tetapkan tarikh pemilihan

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi hari ini dijangka memutuskan tarikh pemilihan parti, kata Setiausaha Agung Ahmad Maslan.

Mengikut prosedur, hal ini akan dibincangkan secara khusus malam ini.

Bercakap kepada pemberita semalam, Ahmad berkata ia perlu diadakan sebelum 15 Mei, iaitu enam bulan selepas pilihanraya umum.

Pemilihan parti mesti dibuat selewat-lewatnya 19 Mei selepas Umno meminda perlembagaannya bagi menangguhkan pemilihan enam bulan selepas PRU15.

Sebelum ini, pemilihan ditetapkan pada 29 Disember 2022.