Anwar dijangka ‘kembali’ ke Menara Dato Onn

PERDANA Menteri, Anwar Ibrahim dijadual ‘kembali’ ke Ibu Pejabat Umno di Menara Dato’ Onn, di sini malam ini selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana.

Beliau dijadualkan hadir kira-kira jam 8.30 malam bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Jurucakap sekretariat yang dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Mesyuarat malam ini juga akan dihadiri pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Turut dijangka hadir ialah pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Warisan.