Firma guaman baharu ambil alih kes SRC

SEBUAH syarikat guaman baharu kini mengambil alih tugas pendakwaan kes SRC International Sdn Bhd bagi Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd’s di dalam writ saman berjumlah RM16 juta terhadap Umno do Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tetuan Gan, Ho dan Razlan Hadri akan mengambil alih tugas yang selama ini dibahui Tetuan Rosli Dahlan Saravana.

Dengan itu, firma baharu ini diberikan tempoh lanjutan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan pada Khamis, 2 Mac bagi mengemukakan dokumen perlu.

Beliau juga menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan.