Calon Umno di 6 PRN guna simbol dacing

SEMUA calon Umno untuk enam pilihanraya negeri akan menggunakan lambang dacing Barisan Nasional.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkannya di Kuala Nerus, Terengganu, semalam.

“Parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.

“Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.