Asyraf Wajdi mahu Puteri terus diperkasakan

SETIAUSAHA Agung baharu Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar Pergerakan Puteri terus diperkasa terutamanya dalam mendepani agenda parti dan bersiap siaga untuk menempuhi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah buat semua kepimpinan baharu yang dipilih untuk memimpin sayap tersebut.

“Tahniah buat semua kepimpinan baharu Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang dinakhodai oleh Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Naibnya, Siti Sokhleha Nordin.

“Saya yakin pasukan baharu ini mampu membimbing Puteri dengan lebih baik.”