Hubungan dengan DAP adalah satu liabiliti

HUBUNGAN Umno dan DAP boleh menjejaskan peluang untuk meraih sokongan orang Melayu, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi, Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, Umno benar-benar ikhlas untuk memastikan Kerajaan Perpaduan sekarang berjaya dan mendapat sokongan penuh rakyat.

“Tetapi apabila kita berdiam diri, DAP pula yang membuat pelbagai kenyataan tidak wajar terhadap kita,” katanya sebagai mempersoalkan kenyataan naib presiden DAP Perak, Abdul Aziz Bari bahawa sokongan Melayu kepada Umno sudah beralih kepada Perikatan Nasional.

Nur Jazlan berkata DAP sepatutnya menghargai fungsi Umno dalam menegakkan kerajaan pusat.