Umno/BN pelengkap Kerajaan Perpaduan – Zahid

PRESIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa biarpun kerusi Parlimen Umno/Barisan Nasional (BN) ada 30 namun mereka adalah pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan hari ini.

Katanya, jika Pakatan Harapan (PH) ada 82 kerusi namun tanpa ada 30 maka tidak ada Kerajaan Perpaduan.

“Yang kami (Umno/BN) fikirkan bukan kepentingan tetapi fikir tentang mudarat, manakah yang lebih besar antara pihak sana dengan pihak sini dan kami fikir mudarat yang kecil adalah dengan Datuk Seri  Anwar Ibrahim dan insya-Allah mudarat itu telah menjadi satu keberuntungan kepada rakyat keseluruhannya.

“Terjemahkanlah amanah ini dan insya-Allah kami akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani,” katanya berucap di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di sini, semalam.