DAP tak perlu mohon maaf, kata Zahid Hamidi

PRESIDEN parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata DAP tidak perlu memohon maaf di atas pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap Umno suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, ketua Pemuda Dr Akmal Salleh tetap berpendirian bahawa DAP perlu meminta maaf.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu berkata kedua-dua pihak yang kini dalam Kerajaan Perpaduan perlu melupakan kisah silam dan sebaliknya bekerjasama dalam kerajaan demi masa depan negara dan rakyat.