PN masih terus berusaha ‘curi’ orang Umno

PERIKATAN Nasional masih cuba memujuk penyertaan pemimpin Umno yang tidak setuju dengan Kerajaan Perpaduan, kata presiden PAS Hadi Awang.

Dalam satu ceramah di Kemaman, semalam, beliau berkata PN masih meneruskan usaha itu kerana bukan semua pemimpin Umno bersetuju dengan pembentukan kerajaan yang ada sekarang.

Hadi juga berkata Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih sebagai calon PRK Kemaman sebagai usaha membentuk kerajaan pusat akan datang.

Samsuri akan menentang calon Barisan Nasional, Raja Affandi Raja Noor pada pilihanraya kecil 2 Disember ini.

PRK itu diadakan apabila mahkamah membatalkan kemenangan PAS, Che Alias Hamid pada PRU ke-15 lalu atas faktor rasuah.