Tiga bekas MB dilantik penasihat Terengganu

BEKAS calon Barisan Nasional (BN) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi adalah di antara empat pemimpin dilantik sebagai Penasihat Umno Terengganu mulai 13 Januari.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman awal Disember tahun lalu, Raja Mohamed Affandi tewas dalam saingan kerusi Parlimen Kemaman kepada calon PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau tewas dengan majoriti 37,220 undi apabila hanya memperoleh 27,778 undi berbanding Ahmad Samsuri meraih 64,998 undi.

Tiga lagi pemimpin yang dilantik sebagai penasihat ialah bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh dan dua bekas menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Said, yang juga Ketua Bahagian Kemaman serta Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman.

 

Three former T’ganu MB are now advisors

FORMER BN candidate for Kemaman by-election Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi is among four appointed as advisors to Terengganu Umno beginning January 13.

Affandi lost the direct battle for Kemaman parliamentary seat last December to Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Another three are former MB namely Idris Jusoh, Ahmad Said and Dr Ahmad Razif Abd Rahman.