Fixed parliamentary term not a priority – PM

IT IS too premature for the unity government to make any decision if it plans to push for introducing a fixed-term parliament legislation in the country, says Anwar Ibrahim.

The Prime Minister said the Cabinet had yet to convene any discussion on the proposal which was mooted by Deputy Prime Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“We have not discussed this and it is too premature for us to come to any decision on the matter.

“We have not even obtained any comments from the Attorney General. In addition, there is no consensus among the leaders of parties aligned with the unity government on the proposal.

“I think we have to wait for the due process. However, there have been suggestions and we will look at them. Having said that, the matter is not a priority,” he told reporters in Serdang, today.

He was asked to comment on the proposal by Zahid for a bill to be drafted to ensure that a government must complete its five-year term.

Asked if the federal administration should also push a law to ensure the government could serve a full term of five years, Anwar replied: “we will study this.”

“To me, however, this is not a priority. We will go through a process

“The problem is that because of the perceived attempt of the opposition (to topple the government) which to me has no basis whatsoever.

“They (the opposition) are very weak. They do not even muster one third of the spot (one third majority in the Dewan Rakyat),” he said.

 

RUU kekal kerajaan bukan keutamaan – PM

RANG Undang-Undang (RUU) agar kerajaan yang ada kekal sehingga tamat penggal Parlimen bukanlah menjadi keutamaan kerajaan buat masa ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu belum pun dibincangkan antara pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya namun kerajaan akan tetap membuat kajian mengenai cadangan tersebut.

Begitupun, tegasnya, bukan perkara itu yang menjadi masalah dalam negara sekarang, sebaliknya adalah cubaan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan meskipun tiada kekuatan untuk berbuat demikian.

“Mereka sangat lemah sekarang dan mereka tidak mampu untuk mendapat satu pertiga sokongan. Kenapa kita perlu bangkitkan persoalan ini?

“Keutamaan saya adalah, seperti saya pernah cakap, adalah untuk mentransformasikan negara ini, dari segi tata kelola, digital, untuk menjadikan negara kita lebih baik… itu adalah keutamaan saya.

“Orang mungkin agak sinikal dengan usaha antirasuah. Saya tidak faham bagaimana orang elit, nama besar berasa risau, agak gemuruh dengan usaha kita untuk memerangi rasuah.

“Saya fikir kita perlu berikan signal jelas bahawa cukup-cukuplah dengan perkara mengarut ini,” katanya di Serdang, hari ini.

Kenyataan itu adalah respons kepada cadangan supaya diwujudkan satu undang-undang khusus bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga akhir penggal.

Cadangan itu sebelum ini disuarakan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.