Bukan UMNO yang runtuhkan MN – Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).

Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata buat masa ini, adalah lebih baik UMNO bersama rakan-rakannya dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya fikir buat masa ini, biarlah kami bersama-sama dengan rakan dalam Kerajaan Madani bagi membentuk kekuatan dan kestabilan politik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, Tanah Merah, Sabtu lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan PAS supaya kerjasama antara kedua-dua parti MN dihidupkan semula.

Ahmad Zahid juga berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku dan biarlah politik itu berdasarkan kepada sistem demokrasi dengan menggunakan nilai-nilai Islam sebagai keutamaan.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama politik antara UMNO dan Pas yang dibentuk pada 14 September 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah. – BERNAMA

 

Umno not at fault for MN’s collapse – Zahid

UMNO is not at fault for the collapse of its Muafakat Nasional (MN) alliance with PAS, says Umno president Ahmad Zahid Hamidi.

In light of this, Zahid said, it would be better for the party to stick with its current allies in the unity government, which include former rival DAP.

“I think that for the time being, let (Umno) work with our allies in the Madani government to uphold political strength and stability,” he said in dismissing renewed calls for MN’s revival, Bernama reported.

Speaking in Tanah Merah, Kelantan on Saturday, Zahid, a deputy prime minister, said Malaysians can assess what is happening in the political sphere themselves.

“Let politics be based on the democratic system with Islamic values as a priority,” he said.

MN was formed in September 2019 when both Umno and PAS were in the opposition bloc following Pakatan Harapan’s victory in the 14th general election in May 2018.

The pact fell apart after PAS formed Perikatan Nasional with Bersatu while insisting that Bersatu be included in MN, which Umno was against.