Dr Akmal gives statement to Sabah police

KOTA Kinabalu police has recorded a 2-hour statement from Pemuda chief Dr Akmal Saleh after being detained at KK International Airport today.

This followed two reports lodged against him in relation to the ongoing saga involving convenience store chain KK Super Mart and its sales of socks bearing the word “Allah”.

In a statement, the police said that Dr Akmal was being investigated under the Sedition Act as well as Section 233 of the Communications and Multimedia Act.

He has been at the forefront of calls to boycott KK Super Mart following the sale of the “Allah” socks.

His vocal condemnation of the store has led some public figures, such as Sarawak Tourism, Creative Industry and Performing Arts Minister Abdul Karim Rahman Hamzah, to urge police to arrest the Umno youth chief for inciting racial and religious tensions.

Earlier in March, the homegrown convenience store chain – which boasts over 800 stores across the country – landed in hot water after photos of the socks went viral online, prompting widespread backlash from netizens and politicians as well as calls for a boycott.

KK Super Mart founder Chai Kee Kan and his wife – who is the firm’s company director – have since been charged with ‘deliberately intending to hurt the religious feelings’ of the Muslims.

Three officials from vendor company Xin Jian Chang who had supplied the socks were also charged with abetting the alleged crime.

 

Dr Akmal beri keterangan dua jam kepada polis Sabah

KETUA Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh telah memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada pagi ini.

Dr Muhamad Akmal berkata keterangan diberikan antaranya mengenai laporan polis berkait ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini, dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti atau perkara di Sabah.

“Saya di Sabah hari ini bagi menghadiri program Pergerakan Pemuda UMNO di Beaufort dan majlis berbuka puasa, ada kita adakan di negeri-negeri lain sebelum ini. Sebaik tiba di KKIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) kira-kira 10.15 pagi tadi, saya diminta ke IPD Kota Kinabalu.

“Saya tidak diberitahu tidak boleh masuk ke Sabah, semua berkenaan isu di sana (Semenanjung). Saya sedia memberi kerjasama penuh untuk pihak polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan itu di sini hari ini.

etua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengesahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan Dr Muhamad Akmal di KKIA hari ini untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Dr Muhamad Akmal berkata beliau dijadual memberikan keterangan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur esok, namun sedia memberikan kerjasama apabila pihak polis meminta beliau memberikan keterangan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM di IPK Kota Kinabalu, kerana telah memberi layanan yang amat baik dan profesional sepanjang proses memberikan keterangan itu. – BERNAMA