Royal addendum for Najib is real, says Zahid

THE Royal addendum from the former Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, which would allow Datuk Seri Najib Razak to go under house arrest, does exist, claims Ahmad Zahid Hamidi.

The Deputy Prime Minister said this in his affidavit in support of Najib’s application for leave to commence judicial review in relation to the royal addendum he claimed was granted to him along with his royal pardon.

In the document, the Umno president said he was shown the document by former Selangor Umno treasurer Tengku Zafrul Abdul Aziz at his (Ahmad Zahid’s) house at Country Heights on Jan 30.

Zahid said Tengku Zafrul showed him a copy of the addendum order on his (Tengku Zafrul’s) phone which he personally photographed or scanned from an original copy as shown to him by the former YDPA.

“The contents of the addendum order expressly stated that the applicant (Najib) be allowed to serve the reduced sentence of his imprisonment under condition of house arrest, instead of the current prison confinement in the Kajang Prison.

“I further sighted that the addendum order is dated Jan 29 and has the seal and signature of His Majesty Seri Paduka Baginda the Yang di-Pertuan Agong XVI. I further confirm that the addendum order is genuine and in fact is the Royal Prerogative Order as the Main Order.

“I verily believe that for the sufficient period of time I sighted and read the addendum order, and I clearly saw the entire contents and that it forms part of the pardon process.

“Thus, I hereby confirm the existence of the addendum order dated Jan 29 issued by the former King,” Zahid stated in the affidavit dated April 9.

The affidavit is accessible to the public on the judiciary website.

Previously, the court was told that a “crucial witness” would be supporting Najib’s application in his bid to go under house arrest.

Zahid, however, stated that he did not have a copy of the impugned document due to confidentiality and propriety, especially in the light of the fact that the addendum order had by then not been executed or enforced.

He said he believed that other government members have seen the addendum order apart from him and Tengku Zafrul.

“Specifically, I am aware that Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang menteri besar) has also seen a copy of the addendum order and can confirm the same.

“I am further verily informed that the Attorney General (AG) has the original copy of the addendum order for his legal input on the same,” Zahid said.

Earlier, the High Court barred the press from covering the hearing of Najib’s leave application at the request of Najib’s lead counsel Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee said the matter should be moved in-chambers due to its sensitive nature.

Senior Federal Counsels Shamsul Bolhassan and Ahmad Hanir Hambaly did not object.

Justice Amarjeet Singh allowed the application.

The judge fixed June 5 to deliver his decision.

 

Zahid sahkan adendum diraja untuk Najib

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin mengesahkan bahawa adendum diraja bagi Datuk Seri Najib menjalani tahanan di rumah, ada benar.
Timbalan Perdana Menteri itu disahkan sebagai ‘saksi kritikal’ yang menyokong dakwaan Najib mengenai kewujudan arahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Beliau menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.
Najib, 70, sebelum ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum berkenaan.
Zahid, yang juga presiden UMNO mendakwa, beliau diberitahu mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam pertemuan di rumahnya di Country Heights, Kajang pada 30 Januari lalu.
“Beliau menunjukkan kepada saya salinan Titah Adendum itu pada telefonnya yang beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).
“Kandungan Titah Adendum secara jelas menyatakan bahawa pemohon (Najib) dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan, kepada tahanan rumah dan bukannya secara pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.
“Saya juga melihat Titah Adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 yang mempunyai meterai dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Saya seterusnya mengesahkan bahawa Titah Adendum itu adalah tulen dan sebenarnya adalah Titah Prerogatif Diraja sama seperti Titah Utama,” katanya dalam afidavit berkenaan.
Zahid juga mendakwa, beliau percaya anggota kerajaan yang lain juga sudah melihat Titah Adendum berkenaan.
“Saya juga percaya, selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan lain sudah melihat Titah Adendum berkenaan.
“Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga melihat salinan Titah Adendum dan boleh mengesahkan perkara sama,” katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, tiada salinan Titah Adendum atas alasan kerahsiaan dan kewajaran, terutama memandangkan titah pada masa itu belum dilaksanakan lagi.
“Saya bagaimanapun mengesahkan perkara yang sama adalah dalam milikan kolektif responden. Saya selanjutnya dengan sesungguhnya dimaklumkan bahawa Peguam Negara mempunyai satu salinan asal atau hanya salinan Titah Adendum untuk pertimbangan undang-undang beliau,” katanya.
Najib, 70, memfailkan permohonan semakan kehakiman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April.
Bekas Perdana Menteri itu selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam notis permohonan itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Jan 2024.
Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.