UMNO ucap takziah kepada rakyat Iran

PIMPINAN UMNO mengucapkan takziah di atas pemergian Presiden, TYT Seyyed Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, TYT Dr Hossein Amirabdollahian bersama anak-anak kapal lain yang disahkan meninggal dunia dalam nahas helikopter, sebentar tadi.

Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat Republik Islam Iran.

“Berdukacita mendapat khabar pemergian Presiden Republik Islam Iran, TYT Seyyed Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, TYT Dr Hossein Amirabdollahian, bersama penumpang lain dalam nahas helikopter yang terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

“Kali terakhir bertemu rakan sejawat TYT Dr. Hossein Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran semasa United Nations Security Council (UNSC) Ministerial-Level Open Debate di Amerika Syarikat Januari lalu dan perbualan telefon bersama beliau pada hujung bulan April yang lalu.

“Allahyarham begitu bervisi dalam usaha pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Iran di dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama. Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat Republik Islam Iran. Doa saya agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menzahirkan ucapan takziah.

“Takziah buat seluruh rakyat Republik Islam Iran atas kehilangan Presiden, TYT Ebrahim Raisi, Menteri Luar Negeri, TYT Dr Hossein Amir-Abdollahian, anak-anak kapal dan penumpang lain dalam satu nahas helikopter yang berlaku pada 19 Mei 2024.

“Ingatan tulus ikhlas dan doa rakyat Malaysia sentiasa bersama-sama rakyat Republik Islam Iran, dalam menempuh tempoh yang sukar ini,” katanya.

Pada Isnin media melaporkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.

Reuters melaporkan, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’. – UMNO Online

 

Umno extends condolences to people of Iran

UMNO leadership expressed their condolences to the people of the Islamic Republic of Iran after a helicopter crash that killed their president and others on Sunday.

Foreign Minister and Deputy President Mohamad Hasan and vice president Mohamad Khaled Nordin said Umno has high respect for the deceased president Ebrahim Raisi and foreign minister Dr Hosein Amirabdollahain.

Meanwhile, Prime Minister Anwar Ibrahim said Malaysia will continue working with Iran for the betterment of the people of both nations and the Muslim world, assured Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, despite the loss of the two leaders.

Expressing condolences for the loss, Anwar said he would fulfill the pledge they made.

“I am deeply saddened by the tragic deaths of Ebrahim Raisi and Hossein Amir, and several other officials of the Islamic Republic of Iran.

“My heartfelt condolences go out to the people of Iran during this profoundly difficult time.

“May Allah bless their souls and place them among the Righteous,” said Anwar on his official social media pages.

He added that he had the honour of meeting Raisi on the sidelines of the UN General Assembly last November and commended the latter’s leadership.