Pemuda to lodge police report on Mkini columnist

UMNO Youth is planning to lodge multiple police reports against Malaysiakini and its columnist, Andrew Sia, over an opinion piece on Universiti Teknologi Mara (UiTM).

In his piece published this morning, Sia had criticised the protest by UiTM’s student council against calls to admit non-Bumiputera students to its cardiothoracic surgery postgraduate programme, and labelled the varsity an “apartheid academy”.

He also questioned the basis for barring non-Bumiputera Malaysians from entering the varsity but allowing foreigners to enrol.

Umno Youth chief Dr Akmal Saleh said Sia’s writings were baseless and depicted UiTM as a “legacy of hateful and cruel Malay racism”.

Akmal said UiTM was established to boost the education level of the Malays and Bumiputeras, whom he described as having been “left behind in their own country”, not to discriminate against other ethnicities.

“The apartheid was a cruel racial segregation policy in South Africa that glorified those who were white-skinned over the dark-skinned. It was a cruel policy hated by all, including Umno and the Malays.

“When such a cruel accusation is made against our educational institution, how can we not be incensed? Is UiTM a symbol of discrimination against other races? Definitely not.

“Other public varsities are open to all. We’ve achieved independence for years but the fact is that the Bumiputeras are still lagging behind, and UiTM is the only place for Bumiputeras to change their destiny,” he said in a Facebook post.

The Melaka executive councillor also defended UiTM by pointing out how Putrajaya supported vernacular schools financially and allowed them to operate.

He added that describing UiTM as an “apartheid academy” was inexcusable, saying “a lesson must be taught”.

Akmal, the Merlimau assemblyman, demanded that Malaysiakini take down the article and Sia issue an apology for his column.

He said Umno Youth leaders across the nation would file police reports against Malaysiakini and the columnist.

UiTM became the centre of attention after the Malaysian Medical Association urged it to prioritise public health by temporarily opening its cardiothoracic surgery programme to non-Bumiputeras amid a shortage of specialists.

In response, UiTM’s student council urged all students to wear black for several days last week in protest against the calls. It said it was intent on firmly defending the university’s founding objectives as an institution for Bumiputeras.

The students came under fire from UCSI University’s professor Tajuddin Rasdi for having an outdated mindset while Johan Ariffin Samad, a member of the G25 group, described the students’ action as “premature” since the proposal was only for one course.

Calls to open up UiTM to non-Bumiputeras have been made for more than a decade.

In 2008, then menteri besar of Selangor, the late Abdul Khalid Ibrahim, proposed that UiTM open up 10% of its enrolment to non-Bumiputera and foreign students.

 

Pemuda kecam penulisan kolumnis Malaysiakini

PEMUDA UMNO mendesak kolumnis, Andrew Sia, memohon maaf secara terbuka berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘Apartheid’.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana, kenyataan yang dibuat penulis terbabit jelas mengguris hati orang Melayu, khususnya kumpulan penuntut yang pernah menuntut ilmu di institusi pendidikan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua Pemuda Umno seluruh negara akan digerakkan untuk membuat laporan polis, hari ini, berhubung penulisan yang dianggap dangkal dan bersifat perkauman itu.

“Penulis ini dengan mudah dan sewenang-wenangnya menuduh UiTM yang menjadi institusi pengajian keramat bangsa Melayu, sebagai sebuah ‘Akademi Apartheid’.

“Berdasarkan ulasan beliau, rumusannya bahawa UiTM digambarkan sebagai sebuah legasi sifat perkauman Melayu yang benci dan zalim kepada kaum lain. Begitulah legasi warisan benteng terakhir bangsa kita dihina pada zaman kini,” katanya di Jasin, hari ini.

Beliau yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ditemui selepas menyampaikan Insentif Projek Pembangunan dan Program Pertanian Bandar peringkat daerah di Pejabat Pertanian Jasin, di sini.

Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Umno Bahagian Jasin mengulas penulisan Sia di sebuah portal berita yang mengaitkan UiTM dengan amalan sistem Apartheid, membawa maksud sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum.

Mengulas lanjut, beliau berkata, umum mengetahui sistem Apartheid adalah suatu dasar segregasi kaum yang begitu zalim yakni memuliakan kaum orang putih berbanding orang kulit hitam di Afrika Selatan dan ia adalah dasar kejam yang dibenci semua termasuk Umno serta seluruh orang Melayu.

“Apabila tuduhan keji seperti ini dilemparkan kepada institusi pendidikan kami, apakah tidak boleh hati kami terbakar? Seluruh orang Melayu faham dan hafal benar sejarah UiTM.

“UiTM ini dibina untuk melonjakkan taraf pendidikan dan penguasaan bidang oleh orang Melayu serta Bumiputera dan institusi ini dibangunkan bukan untuk menindas kaum lain tetapi hanyalah untuk membela Bumiputera yang ketinggalan dalam bidang pendidikan di negara sendiri.

“Inilah semangat di belakang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dr Muhamad Akmal berkata, UiTM bukan simbol kepada penindasan kepada kaum lain kerana kerajaan yang mempunyai pemimpin majoriti orang Melayu ini tetap sahaja membenarkan pendidikan ‘tanah asal’ seperti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan India, malah menyokongnya menerusi penyaluran peruntukan.

“Siapa yang sejak awal membelah perpaduan melalui pendidikan ini? Itupun kita terima dengan berlapang dada sebab kita tahu kepentingan membela hak budaya. Ia tidak termasuk sekolah menengah Cina persendirian yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

“UiTM inilah sahaja medan pendidikan Bumiputera yang ada. Pusat pengajian tinggi lain semua terbuka buat semua kaum. Kita merdeka sudah berpuluh tahun tapi fakta yang ‘sebal’ ialah tetap sahaja Bumiputera masih ketinggalan.

“UiTM sahaja tempat Bumiputera untuk mengubah destini mereka,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu berkata, apabila wujud desakan untuk menghilangkan semangat UiTM ini, ia sememangnya membuatkan orang Melayu sensitif dan berhati-hati.

“Melayu adalah bangsa yang pemaaf dan terbuka, tapi kalau setiap hari dihina begini, mengapa masih terkejut apabila kami susah menerima cadangan keterbukaan biar pun hanya sedikit. Menggelar UiTM sebagai sebuah Akademi Apartheid, adalah keceluparan yang wajib diajar.

“Saya dengan tegas mendesak portal Malaysiakini untuk menurunkan artikel ini dan menggesa Andrew Sia untuk memohon maaf dengan segera,” katanya.