UMNO pertimbang terima ahli yang disingkir

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Jalaluddin Alias berkata parti itu bersedia menerima bekas pemimpin dan ahli parti yang telah disingkirkan sebelum ini.

Jalaluddin yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata, ini kerana ada di kalangan mereka yang disingkirkan selepas proses pemutihan mahu menjadi ahli Umno semula selepas melihat keadaan parti itu ketika ini.

“Di Negeri Sembilan, Setiausaha Umno negeri dan bahagian sudah diarah membuat tapisan setiap permohonan yang dibuat bagi memastikan mereka yang masih mempunyai kecenderungan dan kesetiaan kepada parti diambil semula sebagai ahli.

“Proses pemutihan dilakukan parti sebelum ini bertujuan membersihkan parti daripada mereka yang tidak berminat lagi dengan Umno dan beranggapan parti itu akan menjadi lemah,” katanya di Jelebu, semalam.