Siasat dakwaan kapal Israel di Johor – Zahid

SIASATAN terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata negara ini sangat terikat kepada dasar kerajaan iaitu tiada hubungan diplomatik dengan Israel, selain tiada sebarang perjanjian perdagangan dengan kerajaan Zionis itu.

Beliau berkata jika ada barangan Israel di mana-mana pelabuhan di Malaysia dengan menggunakan pihak ketiga, maka perkara itu harus dipantau pihak berkuasa.

“Saya fikir pihak lembaga pelabuhan dan pihak Kastam harus bertindak dengan segera kerana kita tahu apa yang berlaku ini bukan hanya soal perdagangan tetapi soal bagaimana peraturan-peraturan yang begitu ketat telah terbolos dengan adanya barangan itu (kontena) untuk memasuki salah sebuah pelabuhan kita.

“Siasatan jika betul atau tidak mesti disegerakan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di Hutan Melintang, dekat sini hari ini.

Semalam media melaporkan kewujudan kontena itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad dilaporkan berkata beliau terkejut apabila menerima aduan penduduk prihatin yang mendakwa pelabuhan berkenaan masih menerima masuk kontena yang dibawa dari Israel. – BERNAMA

 

Probe Israeli ship docks in Johor, says Zahid

DEPUTY prime minister Ahmad Zahid Hamidi has called for urgent investigations into claims that a vessel from Israel-based shipping company, ZIM, had docked at a port in Iskandar Puteri, Johor.

Zahid stressed that Malaysia strictly adheres to its policy of having no diplomatic ties and trade agreements with the Zionist regime, Berita Harian reported.

“The port authority and customs must act immediately because we know this issue is not only about trade, but also about how such stringent regulations were breached, allowing these goods (containers) to enter one of our ports.

“We must also monitor closely if any Israeli goods are found to have arrived at any port in Malaysia through a third party,” he was quoted as saying.

On Saturday, the media reported that the presence of these containers from the ZIM ship had raised concerns among local residents.

Kota Iskandar assemblyman Pandak Ahmad was reported to have said that he was shocked after receiving complaints from concerned residents who alleged that the port had accepted containers brought here by the Israel-based shipping company.