UMNO bantu calon PH di PRK Sungai Bakap

UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ahli Majlis Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sehubungan itu, beliau bersama-sama seorang lagi ahli MKT Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah dihantar ke Sungai Bakap untuk bertemu dengan kepimpinan UMNO dan PKR Nibong Tebal bagi membincangkan gerak kerja PRK.

“UMNO akan bantu calon PH di Sungai Bakap. Ini keputusan dalam mesyuarat War Room, iaitu saya adalah ketua sekretariatnya.

“Pengerusi Jawatankuasa War Room Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah hantar saya hari ini untuk bertemu dengan UMNO Bahagian Nibong Tebal di Pejabat UMNO (Nibong Tebal) manakala Jamil Khir akan bertemu dengan Biro Agama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Jalan Bandar @Penang 2024 di Butterworth Arena, semalam, yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Semalam, Mesyuarat Barisan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang sebulat suara bersetuju agar PKR meletakkan calon mewakili parti gabungan itu pada PRK Sungai Bakap.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut dan Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK di kawasan itu.
Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
— BERNAMA

Umno to help PH candidate in Sungai Bakap

UMNO will give its full commitment to assist Pakatan Harapan’s candidate in the upcoming Sungai Bakap state by-election in Penang.

Ahmad Maslan said he and fellow Umno supreme council member Datuk Seri Jamil Khir Baharom went to Sungai Bakap on Tuesday (June 4) to meet the Nibong Tebal Umno and PKR leadership and discuss election strategies.

“Umno will support the Pakatan candidate in Sungai Bakap. This decision was made during the war room meeting, of which I am the secretariat head,” he said at a press conference in Butterworth on Tuesday.

All parties in the Penang unity government unanimously agreed on Monday (June 3) that a PKR candidate will represent the coalition in the by-election.

The state seat fell vacant following the May 24 death of its incumbent, Nor Zamri Latiff of PAS, due to stomach inflammation.

The Election Commission (EC) will hold a special meeting on Thursday (June 6) to discuss key dates for the by-election. – Bernama