Umno to contest Nenggiri by-election

UMNO will be putting up a candidate in the Nenggiri state by-election in Kelantan following the seat vacancy, said its president, said its president Ahmad Zahid Hamidi.

The Deputy Prime Minister also announced that former Gua Musang MP, Tengku Razaleigh Hamzah has been appointed as the by-election director while Kelantan Umno Liaison Committee chairman and chairman of Felcra Datuk Ahmad Jazlan has been appointed as by-election operations director.

“After this we will be going to Gua Musang to assist our candidate. Insya-Allah, if we work hard and sincerely, Allah will grant victory to us.

“Hopefully this combination (Tengku Razaleigh and Ahmad Jazlan) can give us victory. Pahang Umno must help our candidates in this state,” he said when opening the Umno Lipis Division Meeting at Sultan Haji Ahmad Shah Silver Jubilee Hall, Kuala Lipis on Saturday.

The Election Commission (EC) has set the Nenggiri state by-election on August 17 with the date of candidate nomination and early voting on August 3 and 13 respectively.

This follows, Mohd Azizi Abu Naim losing his Bersatu membership and the state seat was declared vacant on June 19 by Kelantan Assembly Speaker Mohd Amar Abdullah.

 

 

UMNO akan bertanding di PRK Nenggiri

UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah bagi PRK tersebut, manakala Pengerusi UMNO Kelantan UMNO dan Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan dilantik sebagai pengarah operasi PRK berkenaan.

Lepas ini, kita akan ke Gua Musang untuk tolong calon kita. Insya-ALLAH, kalau kita bekerja keras, kerja ikhlas, ALLAH akan beri kemenangan kepada kita.

“Mudah-mudahan kombinasi ini (Tengku Razaleigh dan Ahmad Jazlan) dapat beri kemenangan kepada kita. UMNO Pahang wajib bantu calon kita di negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis di sini pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos. Kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Mohd Azizi gugur keahlian Bersatu dan kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong pada 19 Jun lepas oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.