PRU16: MKT akan putuskan kerjasama dengan PH

TIMBALAN Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.

Bercakap di Seremban semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) parti itu yang mana setiap keputusan dibuat adalah keputusan bersama.

“Saya yakin Presiden UMNO selaku Pengerusi BN akan membawa perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN kerana itu merupakan SOP kita.

“Jadi selagi belum ada mesyuarat daripada jawatankuasa tertinggi kepimpinan BN, banyak andaian boleh dibuat. Itulah yang menjadi sebagai dasar parti BN sama ada untuk hadapi pilihan raya atau apa jua dasar lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau.