Tajuddin Rahman hopes Umno readmit him

FORMER Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman has reportedly expressed hope that Ahmad Zahid Hamidi will keep his promise to readmit former Umno members whose memberships were suspended.

Tajuddin, who was also a former member of the Umno Supreme Council, reportedly said that any previous disputes between them should be set aside and those loyal to the party, especially himself, should be welcomed back.

“People fight, even husbands and wives fight. Even the tongue can get bitten, let alone among leaders and Umno members. The wounds of the past should have healed by now, how much longer would it take?

“I believe that president Ahmad Zahid, whom I know well – as someone who has helped me and I have helped him as well – remembers all of that,” he was quoted saying by Malaysia Gazette.

“Unless, of course, I am no longer of any use to the party,” he added.

Yesterday, the Pasir Salak Umno Women’s wing passed a motion urging the party’s Supreme Council to revoke Tajuddin’s suspension during its meeting.

Long-time member Tajuddin has been lobbyig to be reinstated, telling news portal Malaysiakini last week that he is committed to the party and wants to play an active role again.

 

Tajuddin Rahman harap diterima kembali

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mengotakan kata-katanya untuk sedia menerima semula mana-mana ahli dan pemimpin UMNO yang digantung atau dipecat daripada parti sebelum ini.

Gesaan itu disampaikan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bertujuan mengembalikan semula kekuatan parti yang disifatkan beliau semakin dijauhi ahlinya sendiri.

“Berkali-kali (Ahmad Zahid) sebut (terima semula ahli dan pemimpin dipecat) tapi kita tak nampak lagi dia menjadi kenyataan. Saya harap kali ini presiden benar-benar ikhlas dengan apa yang dia cakapkan.

“Dia pun sayangkan parti, dia mahu parti dia menang. Mahukan partinya kuat semula. Kita di bawah pun begitu juga, matlamat yang sama,” katanya menerusi satu hantaran video kepada media Ahad lalu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak mengulas kenyataan Ahmad Zahid, beberapa hari lalu mendedahkan menerima banyak permohonan daripada bekas ahlinya untuk menyertai kembali parti itu.

Namun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyatakan akan merujuk kepada Lembaga Disiplin parti yang kemudian akan mengemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk dimuktamadkan.