Hanya anak Sabah mampu tadbir negeri – Zahid

PRESIDEN UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan beliau bahawa hanya anak Sabah sahaja boleh mentadbir negeri ini dengan sebaiknya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tiada campur tangan daripada kepimpinan di Semenanjung kerana pentadbiran Sabah sepenuhnya diberikan kepada rakyat di negeri ini.

Kita amat yakin anak-anak Sabah boleh mentadbir negeri ini yang boleh menjadi pentadbir yang baik untuk seluruh negeri.

“Bila masa campur tangan parti daripada Malaya? Bila ada campur tangan daripada pemimpin-pemmpin Malaya? Sabah adalah untuk anak Sabah.

“Kita hanya berkongsi kuasa untuk menentukan Sabah juga menjadi negeri yang maju di seluruh Malaysia ini,“ katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Himpunan BN Sabah dan Konvensyen BN Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas BN ke-50 yang diadakan di Dewan SMJK Tiong Hua, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Bendahari BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan kepimpinan lain.

Beliau dalam pada itu turut berharap Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kelak dimanfaatkan sepenuhnya rakyat untuk memilih BN mengemudi negeri ini.

Jelas Ahmad Zahid ini kerana beliau mendengar pelbagai rintihan rakyat pada ketika ini, termasuk keperluan asas seperti air dan elektrik yang selalu terjejas.

“Pada kali ini kalau ada PRN tekad dan azam sebagaimana disebut oleh Bung Moktar bahawa kita akan selesaikan masalah elektrik dan air.

“Insya-Allah dalam satu penggal pemerintahan dan pentadbiran ini boleh dilakukan tetapi di dalam perkara ini, kita tahu bahawa apabila perkongsian kuasa dapat dilakukan, anak-anak negeri Sabah dapat mentabir negeri Sabah.

“Saya yakin dua masalah utama ini boleh diselesaikan yang boleh lakukannya ialah hanya BN,” ujar beliau. – UMNO Online

Only Sabahans can rule their state – Zahid

UMNO President and BN Chairman Ahmad Zahid Hamidi utilised the Sabah Barisan Nasional Convention in Sandakan on Saturday to address anti-Malaya sentiments levelled against the party as it gears up for the upcoming state election.

The Barisan Nasional chairman said the perception that Umno intruded into Sabah was off the mark as Sabahans themselves invited the party into the state in 1984.

“It was state leaders who wanted Umno and Barisan on Sabahan soil, not as a coloniser party but instead to bring unity and progress in the Land Below the Wind,” said the Umno president on Sunday (July 21).

“We want to share power because we do not want only the peninsula and Sarawak to have peace but there must be political stability in Sabah,” he added.

The Deputy Prime Minister said it was also untrue that Barisan would only bring about Malaya-centric rule, adding the autonomy lies with the Sabahan people.

“Who is governing Sabah? Is it someone from the peninsula who is the Chief Minister or who becomes minister or assistant minister?

“Only Sabahans can administer Sabah, as Sabah is for Sabahans, there is no intervention from Malaya parties.

“We are only sharing power to ensure Sabah become a developed state,” Ahmad Zahid said.

He also pledged to resolve the perennial water and electricity woes in the state immediately if given the mandate to govern Sabah once again.

“Sabah Barisan-Umno’s determination is to resolve the water and electricity issues within one term, this can be done.

“Only Barisan can solve this. I do not want to talk about other parties or individuals about this matter but this is what we want to do,” he said.

Ahmad Zahid said all Malaysians made a collective effort to defend Sabah.

“During the 2013 Lahad Datu incursion, not only security forces from Sabah but also our friends from Perlis to Johor sacrificed their lives to protect the state.

“This is not about people from Malaya wanting to defend Sabah but it’s because Sabah is part of the Malaysian Federation which must be preserved by all in this country,” Ahmad Zahid said.