Tidak wujud langsung rundingan UMNO-PAS

TIDAK wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan UMNO dan Pas bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, spekulasi wujud perbincangan mungkin berlaku dalam kalangan ahli atau penyokong dan bukannya kepimpinan kedua-dua parti.

“Saya (sebagai) Setiausaha Agung UMNO pun tidak tahu (ada perbincangan). Kalau nak berbincang, kena berbincang dengan kepimpinan. Perbincang dengan ahli, semua orang boleh berbincang.

“Macam saya dengar pemimpin Pas bincang dengan pimpinan PH (Pakatan Harapan) ada juga. Negara kita sentiasa mengamalkan demokrasi, boleh berbincang dengan semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional (BN) – PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Menara Dato’ Onn, pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendedahkan wujud beberapa siri pertemuan antara Pas bersama UMNO bagi membincangkan kerjasama berkenaan.

Pertemuan itu dakwanya dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti, sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk.

Pada 8 Julai lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, parti itu tidak akan bekerjasama selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi Presiden Pas.

Rentetan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membalas kenyataan tersebut dan yakin ia akan menjadi ‘berita baik’ kepada Perikatan Nasional (PN) selagi Ahmad Zahid menerajui UMNO.

No Umno and PAS discussion over GE16

THERE was no meeting whatsoever between Umno and PAS to collaborate in the next general election, said Umno’s Secretary-General Asyraf Wajdi Dusuki.

He however did not deny the possiblity of discussion among the grassroost.

“No meetings of high levels. I also heard of similiar meetings between them and Pakatan Harapan leaders… I dont know,” he said after chairing a meeting over the Nenggiri by-election at Menara Dato Onn, here today.

Earlier, PAS information chief Ahmad Fadhli Shaari revealed that few meetings was held between his party and Umno to discuss GE16.

On July 8, Umno president Ahmad Zahid Hamidi said they would not work together with PAS again if Hadi Awang is still their president.