Sedarlah kesilapan sendiri, kata Zahid Hamidi

SIKAP sedar silap sendiri atau kritikan diri adalah penting dalam diri setiap ahli UMNO jika mereka ingin memulihkan kedudukan parti, kata presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, ia adalah ciri terpenting bagi memperkukuhkan semula parti sejak ia tewas pada pilihanraya umum ke-14 pada tahun 2018.

“Walaupun kita ada tempat dalam kerajaan hari ini sejak hampir dua tahun lepas, kita mesti akui hakikat bahawa kita bukanlah yang terbaik.

“Oleh itu, penting bagi kita mempunyai sifat kritikan diri kerana ia akan membantu kita mengatasi kekurangan serta kelemahan yang ada,” katanya dalam ucapan penggulungan di akhir persidangan agung UMNO, semalam.

Zahid juga berkata, UMNO juga mesti meningkatkan penggunaan teknologi bagi mendekati pengundi, terutamanya golongan muda atau pengundi baharu.

Sehubungan itu, pergerakan Pemuda dan Puteri diharap dapat bekerjasama dalam mencari kaedah terbaik bagi mendekati mereka.

Beliau turut menyebut mengenai pentingnya mengatur pembangunan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Menteri UMNO mestilah membahui tugas ini,” katanya.