UMNO akan berusaha lonjakkan nama Malaysia

UMNO akan mempromosikan Malaysia apabila ia mempengerusikan Asean tahun hadapan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan presiden UMNO itu berkata ia adalah satu agena penting agar Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

“Dunia akan melihat bagaimana Malaysia menjadi pengerusi Asean dengan jayanya, lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran seperti persempadanan Laut China Selatan dan pergolakan di Myanmar.

“Ini tanggungjawab besar, dan kita mesti bekerjasama bagi menyelesaikannya,” katanya dalam ucapan penggulungan di perhimpunan agung UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau juga menjelaskan kenapa Malaysia berhajat menyertai pertubuhan antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

Selain kerjasama ekonomi, ia juga akan memanfaatkan negara-negara selatan di segi lain, termasuk menyediakan rawatan kepada mangsa yang cedera dalam perang Israel-Palestin.